Malaysia Oversight

Jangan campur aduk politik dengan perundangan

By Utusan in August 17, 2025 – Reading time 2 minute
Jangan campur aduk politik dengan perundangan


PASIR SALAK: Presiden , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sebarang isu membabitkan pemimpin parti perlu ditangani secara bijaksana tanpa mencampuradukkan urusan politik dengan tindakan perundangan.

Beliau berkata, sebarang perkara yang jelas melanggar undang-undang wajar diserahkan kepada pihak berkuasa, manakala isu politik pula hendaklah diselesaikan melalui saluran parti.

“Di dalam keadaan ini, saya memikirkan ada garis pemisah dan pertemuan yang kita boleh lakukan di mana tindakan perundangan diambil jika ia melanggar undang-undang manakala tindakan politik harus dibuat secara langkah politik.

“Kita tidak mahu kerana ada satu-satu peristiwa menyebabkan keputusan politik itu terpaksa diadakan dan ini tentu menggoyah kesepaduan 18 parti dalam Madani. Pada hemat saya, kita mesti mengasingkan soal politik dan perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Santunan Desa bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika mengulas gesaan Pemuda DAP Pulau Pinang yang meminta kepimpinan parti itu memutuskan hubungan politik dengan Ketua Pemuda , Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh susulan tindakannya mengadakan protes isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik yang didakwa bersifat provokasi.

Menurut Ahmad Zahid, kepimpinan parti telah membuat keputusan supaya individu berkenaan akur dan tidak melanggarnya hingga mengundang tindakan penguatkuasaan.

Katanya, keputusan parti mesti dipatuhi demi menjaga toleransi dengan parti lain, bukannya mengejar populariti sehingga merosakkan hubungan baik sesama pemimpin dan akar umbi.

“Jangan hanya berhasrat untuk popularkan sesuatu isu atau berhasrat menjadikan dirinya sebagai orang yang paling popular, akhirnya akan menjejaskan hubungan yang baik antara pemimpin parti apa lagi di peringkat akar umbi,” katanya.

Pemuda DAP Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Dr Muhamad Akmal mengetuai protes di hadapan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas yang dirakam menggantung Jalur Gemilang secara terbalik.

Dr Muhamad Akmal pula sebelum ini menegaskan, tindakan terhadap dirinya tidak boleh dipisahkan daripada kerana beliau bertindak atas kapasiti Ketua Pemuda parti tersebut.

Kenyataan berani Dr Muhamad Akmal dilihat sebagai isyarat bahawa sebarang tindakan terhadap dirinya akan memberi implikasi kepada hubungan politik antara DAP dan UMNO secara keseluruhan, khususnya dalam konteks kerjasama dalam Perpaduan. – UTUSAN

 





Source link