Malaysia Oversight

Jangan buat malu geng lama, kata Idris kepada PKR Putrajaya

By MkiniBM in July 16, 2025 – Reading time 2 minute
Jangan buat malu geng lama, kata Idris kepada PKR Putrajaya


Seorang Naib Presiden hari ini secara sinis membangkitkan reaksi sesetengah pihak yang dilihat sebagai “pencinta keamanan” yang dilihat tidak tahu apa-apa tentang demonstrasi.

Bahkan, menurut Idris Ahmad, mereka mungkin tidak tahu pun sejarah yang membawa kepada kemunculan di negara ini.

Menganggap tindakan sesetengah pihak dalam membuat laporan polis menjelang himpunan Turun sebagai “lawak” Idris berkata tidak dapat dipastikan berapa usia mereka pada era reformasi dulu.

“Tiba-tiba (mereka) jadi pencinta keamanan dan ketenteraman awam kononnya.

“Elok juga kita tanya, masa zaman reformasi dulu, kamu ni umur berapa? Dah boleh berlari ke belum, atau baru pandai sebut (nama) ‘‘?

ni asalnya lahir dari perut jalan raya. Asap gas pemedih mata tu umpama minyak wangi perjuangan masa tu,” katanya di media sosial.

Semalam PKR membuat laporan polis berhubung pengumuman penganjuran himpunan Turun yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Julai.

Laporan itu dibuat Timbalan Ketua PKR , Sharif Jeev Abdullah, bersama beberapa pemimpin cabang tersebut.

Himpunan tersebut dirancang oleh Pemuda dan mendapat sokongan secara rasmi oleh Bersatu.

Menurut Idris, dia berasa aneh apabila pemimpin cabang PKR sendiri membuat laporan kepada polis berhubung rancangan mengadakan protes ketika parti berkenaan sendiri dekat dengan demonstrasi.

“Yang peliknya, yang lapor ni tahu sejarah parti sendiri atau tidak? Atau mereka ni hasil generasi copy-paste, tahu demo pun dari TikTok, bukan dari tapak jalan?” katanya lagi.

Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai menambah, dia yakin Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin, tersenyum membaca apa yang ditulisnya itu.

Katanya, Shamsul Iskandar tahu siapa yang pernah turun ke jalan raya untuk menyertai demonstrasi, dan siapa yang sebaliknya.

“Sam, tolonglah slow talk sikit dengan budak-budak kanyak ni. Jangan bagi mereka buat malu geng lama.

“Nak jadi ‘anak jantan politik’, jangan takut tengok orang berhimpun.

“Kalau nak anpusana anpusini pun, tolonglah tengok kiri kanan dulu. Biar nampak cerdik sikit, jangan sampai geng lama pun rasa segan,” katanya menyindir.



Source link