Malaysia Oversight

Jangan bimbang lautan kopiah putih

By MkiniBM in December 22, 2025 – Reading time 2 minute
Jangan bimbang lautan kopiah putih


terus mengajak MCA dan meninggalkan BN dan menyertai PN, dengan mendakwa Umno semakin mengabaikan rakan sekutunya sendiri dan gagal memulihkan gabungan itu daripada krisis dalaman.

Ahli Jawatankuasa Pusat, Haim Hilman Abdullah juga memujuk MCA yang masih ragu-ragu untuk menyertai gabungan PN atas kebimbangan terhadap parti itu walaupun sedang menilai kemungkinan keluar dari BN.

Dia berkata gabungan golongan agamawan dan profesional dalam ini memberi gambaran betapa dinamik dan progresifnya parti itu hari ini.

“MCA tidak perlu bimbang sama sekali dengan lautan kopiah putih kerana dalam PAS hari ini juga ada lautan profesional.

6deb9bfd41788558fb0447898a7e532d

“Malahan ramai dalam kalangan kepimpinan PAS hari ini terdiri daripada para profesional dalam pelbagai bidang yang berkelulusan baik dari dalam dan luar negara,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

MIC kini sedang menilai kemungkinan untuk keluar daripada BN, ekoran rasa tidak puas hati terhadap kedudukan politik mereka, khususnya selepas pengerusi gabungan itu Ahmad Zahid Hamidi menjalin kerjasama dengan PH.

Selain MIC, MCA juga bimbang isu pembahagian kerusi pilihan raya, yang mereka anggap lebih memihak kepada parti-parti penyandang.

Sementara itu, Haim berkata sejarah telah menunjukkan dengan jelas bahawa PAS “komited membina Malaysia yang adil, progresif dan maju selari dengan nilai-nilai dan sejagat.”

65cd0044274ec7d7535b78092e419335
Gambar fail, kunjungan Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Dr Halimah Ali ke pejabat MCA.

“Paling hampir MCA pada PAS adalah ketika bersama dalam Muafakat Nasional selama 33 bulan dahulu.

“Adakah PAS mengusulkan apa-apa dasar yang bersifat menzalimi orang Cina khususnya atau bukan di Malaysia amnya. Jawapannya tidak.

“Malahan kepimpinan PAS atau PN amat berhati-hati dan menjaga hati semua pihak dalam setiap keputusan yang di buat. Pendekatan ini bertunjangkan kepada ajaran Islam yang selari dengan nilai sejagat,” katanya lagi.

Resepi terbaik untuk membina masa depan Malaysia, kata Haim dapat dilaksanakan menerusi kerjasama erat antara parti-parti utama yang berasaskan bangsa.

“PAS dan Bersatu menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam. MCA menjaga kepentingan bangsa Cina dan agama Budha, manakala MIC menjaga kepentingan bangsa India dan agama .

“Itulah kaedah terbaik untuk setiap kepentingan bangsa dan agama dijaga dan diangkat oleh parti masing-masing ke kepimpinan tertinggi PN untuk diperhalusi dan diadun sebaiknya,” katanya.




Source link