Malaysia Oversight

Jangan biar fahaman sempit tular di sekolah

By MkiniBM in April 25, 2025 – Reading time 2 minute
Jangan biar fahaman sempit tular di sekolah


Perdana Menteri Ibrahim berkata dia tidak mahu fahaman sempit yang menilai individu berdasarkan warna kulit dan agama tular di sekolah.

menyifatkan fahaman “bodoh” seperti itu akan memecahbelahkan rakyat dan merosakkan negara ini.

“Saya tak kira sekolah Melayu, sekolah agama, sekolah Tamil, sekolah Cina, jangan ada fahaman ini kerana ia akan memecah dan merosakkan negara kita,” katanya seperti dipetik Bernama.

dilapor berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santuni Kasih Bersama Pelajar-Pelajar Parlimen Tambun, Perak hari ini.

Sementara itu, dalam ucapannya Anwar turut mengingatkan bahawa bidang digital dan kecerdasan buatan (AI) adalah teknologi masa hadapan yang harus dikuasai terutama di peringkat sekolah.

Dia berkata negara kini semakin maju dan memperoleh pelaburan tinggi khususnya dalam bidang semikonduktor, pusat data serta AI dan jika pelajar ingin berjaya, mereka harus menguasai ilmu baharu.

“Kita mesti menguasai digital, menguasai AI dalam bidang apa sekalipun, itu teknologi masa depan, jika anda ingin berjaya, anda perlu menguasai teknologi ini… sebab itu, di universiti sekarang kita ada fakulti AI.

“Saya harap sekolah juga cepat… kita tidak boleh rancang untuk lima tahun sebelum mula…mesti mulakan tahun itu juga, kalau tak boleh 100 sekolah, mula 50 sekolah… harus ada keberanian untuk bawa perubahan,” katanya.

Selain itu, perdana menteri berkata penguasaan Bahasa Inggeris penting dari sudut perdagangan dan susulan perkembangan ekonomi negara , penguasaan Bahasa Cina juga dilihat sebagai satu keperluan.

Dia juga berkata walaupun Malaysia telah mencatatkan kemajuan yang baik namun ia masih berdepan masalah tenaga kerja khususnya jurutera bagi memenuhi permintaan pelbagai syarikat yang melabur di negara ini.

“Sekarang kita ada syarikat-syarikat AI, digital dan semikonduktor yang terkenal tetapi kalau kita kekal unjuran yang ada, kita akan kurang 30,000 jurutera,” katanya.



Source link