Malaysia Oversight

Jakim akan panggil individu Islam terlibat program Interfaith Water Ceremony

By MkiniBM in December 24, 2025 – Reading time 1 minute
Jakim akan panggil individu Islam terlibat program Interfaith Water Ceremony


Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim) akan memanggil individu beragama yang disyaki terlibat dalam program “Interfaith Water Ceremony” bagi mendapatkan penjelasan berhubung penglibatannya.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee mengesahkan individu itu bukan pegawai jabatan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ahmad Iqram Mohamad Noor, yang mendedahkan bahawa terdapat umat yang terlibat dalam program itu, bagi memastikan penelitian secara adil dan menyeluruh.

“Perkara ini sedang diteliti secara serius oleh Jakim,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sirajuddin juga berkata Jakim bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh, berlandaskan perundangan sedia ada.

– Bernama



Source link