Malaysia Oversight

Jaga tutur kata atau rakyat ajar di peti undi, Idris ingatkan Zahid

By MkiniBM in July 11, 2025 – Reading time 2 minute
Jaga tutur kata atau rakyat ajar di peti undi, Idris ingatkan Zahid


Naib Presiden Idris Ahmad hari ini mengingatkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi supaya menjaga pertuturannya, selepas presiden itu dilaporkan berkata Kelantan akan ketinggalan dalam pembangunan tanpa pembiayaan persekutuan.

Dalam kenyataan di media sosial, Idris turut menyindir Zahid, sama ada dia memerlukan peta untuk membezakan antara Kelantan dan Kalimantan, atau jika dia memerlukan “kelas tambahan mengenai Perlembagaan Persekutuan”, sambil mengingatkannya bahawa Kelantan adalah sebahagian daripada Malaysia, dan rakyatnya membayar cukai kepada persekutuan seperti orang lain.

Merujuk tajuk utama Sinar Harian yang memetik Zahid, Idris berkata, kenyataan timbalan perdana menteri itu mengundang kemarahan kerana seakan-akan mahu meminggirkan Kelantan.

“Rakyat Kelantan ni bukan jenis suka mengamuk, tapi pantang dihina. Silap-silap penyokong sendiri pun rasa terguris.

“Zaman sekarang bukan zaman nak main politik kuno retorik lapuk. Jangan ingat rakyat boleh dibeli dengan janji dan digula-gulakan dengan projek segera. Mereka dah lama celik, bukan baru keluar dari gua,” katanya.

“Mungkin dia tersasullah tu. Sebab sejak akhir-akhir ini selalu sangat tersasul dan terkhilaf. Sebelum ini sebut ‘hidup Israel’. Baru ini pula terkhilaf kata malaikat pun lari malam.

“Dulu pun dia sebut dalam Persidangan 2021, No , No DAP, No Bersatu. Lepas PRU15, jadi rakan sebantal dengan DAP,” tambahnya.

c885ea561bcb78488ca39ffb1a817513

Zahid kedengaran tersilap melaungkan “hidup Israel” semasa berucap pada perhimpunan Himpunan Solidariti Palestin yang diadakan di Bukit Jalil tahun lalu. Dia meminta maaf atas kesilapan itu.

Pada 8 Julai, Zahid memohon maaf atas kenyataannya dalam analogi terbaru membabitkan malaikat, dibuat dalam konteks tekanan yang dihadapinya dalam peranannya sebagai presiden Umno.

“Kelantan ini negeri berdaulat dalam Malaysia, bukan negeri jajahan mana-mana parti. Lebih baik jaga tutur, sebelum rakyat ajar semula makna hormat dalam bahasa undi,” kata Idris.

Laporan Sinar Harian terbabit, melaporkan Zahid menyangkal dakwaan seorang pemimpin bahawa pembangunan Kelantan telah disekat dan dipinggirkan sejak sekian lama.

Kata Zahid, sekiranya tiada peruntukan daripada pusat, Kelantan akan jauh ketinggalan dari segi pembangunan.

Zahid turut dilaporkan berkata, setiap kali banjir besar di Kelantan, kerajaan persekutuan turun padang membantu.

Justeru, dia meminta kepimpinan mendapatkan maklumat terperinci daripada kepimpinan parti sebelum meracuni fikiran rakyat dengan maklumat yang tidak betul.

Kenyataan Zahid itu sebagai menjawab dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohd Amar Abdullah, yang berkata dalam catatan Facebook pada Khamis bahawa Kelantan adalah satu-satunya negeri yang tidak mempunyai lebuh raya seperti negeri lain.

Doa juga dilaporkan mendakwa beberapa projek pembangunan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Kelantan, telah disekat dan ditangguhkan oleh kerajaan pusat, atas alasan yang tidak pernah dijelaskan secara adil.



Source link