Malaysia Oversight

Jaga kebersihan ketika berhimpun raikan demokrasi

By TheSun in July 26, 2025 – Reading time 1 minute
Jaga kebersihan ketika berhimpun raikan demokrasi


KUALA LUMPUR: Membuat perhimpunan bagi meraikan demokrasi seharusnya turut disertai dengan sikap tanggungjawab ke atas kebersihan, kata Menteri Perumahan dan Tempatan Nga Kor Ming.

Menerusi hantaran di laman X hari ini, beliau selaku menteri yang menjaga agensi pembersihan awam, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah individu yang membuang sampah merata tempat sewaktu berhimpun.

MADANI meraikan demokrasi dan tiada halangan dengan perhimpunan aman tapi tolonglah jaga kebersihan.

“Selaku agensi yang menjaga kebersihan awam, @swcorp_my kini sedang bertungkus lumus untuk memulihkan segala sampah dan kekotoran yang ditinggalkan,” menurut hantaran itu.

Beliau turut berkata perbuatan mengotorkan kawasan dan membuang sampah merata-rata boleh mencemarkan imej negara. – Bernama



Source link