Malaysia Oversight

Jabatan Audit Negara kini ada kuasa audit 1,856 GLC

By MkiniBM in May 20, 2025 – Reading time 2 minute
Jabatan Audit Negara kini ada kuasa audit 1,856 GLC


Pindaan Akta Audit 1957 (Akta 62) yang berkuat kuasa tahun lepas membolehkan Jabatan Audit Negara (JAN) menjalankan pengauditan ke atas 1,856 syarikat berkaitan (GLC), kata Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Beliau berkata pindaan itu memperluaskan skop pengauditan JAN sekali gus meningkatkan keupayaan dalam memantau tadbir urus dan kewangan berkaitan GLC.

“(Kuasa mengaudit GLC itu) selaras dengan pindaan Akta 62 pada hujung tahun lepas yang memperluaskan kuasa Ketua Audit Negara dalam pengauditan terhadap badan lain termasuk syarikat yang menerima jaminan kewangan serta pelaksanaan pendekatan baru iaitu follow the public money audit.

“Ia menunjukkan peranan dan tanggungjawab strategik JAN dalam mengesan dan menilai risiko fraud perakaunan secara lebih berkesan dan bersasar,” katanya pada sidang media pada Majlis Peluncuran Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan (KKFP) di Kuala Lumpur, semalam.

bdedd4ed1fe0c224200e1566dcc93f26

Wan Suraya berkata susulan itu, kesemua jabatan GLC tidak akan terlepas daripada tindakan apabila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu diterbitkan oleh pihaknya.

“Tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) mengesan beberapa ketirisan yang pada akhirnya akan dikutip semula sama ada dalam penyata kewangan negeri atau penyata kewangan Persekutuan.

“Malah kita juga mengaudit badan berkanun dan 1,856 syarikat berkaitan kerajaan, dan apabila kita mengesan ketirisan berlaku sama ada yang tidak dikutip, tidak diterima atau sebagainya kita akan pastikan tindakan susulan dilakukan,” jelasnya.

Wan Suraya berkata dalam proses ini, pihaknya bukan sekadar mahu hasil itu dipulangkan semula tetapi mengesan sama ada berlakunya ketidakteraturan serius atau isu tadbir urus serta tatakelola.

Sementara itu, Wan Suraya (gambar bawah) berkata JAN juga sedang meneroka teknologi baru bagi mengesan penipuan sejajar dengan trend yang semakin kompleks dan berkembang.

303c8b2be73f6e30df826eb466bf6240

“Kita sedang menjalani proses pendigitalan dengan hampir semua audit kini dijalankan secara digital selain meneroka bagaimana kita boleh menggunakan teknologi baru untuk mengesan penipuan terutamanya isu penipuan yang kompleks dan baru.

“Ini sudah menjadi sebahagian daripada proses kerja JAN yang sedang berjalan,” katanya.

– Bernama



Source link