Malaysia Oversight

Ito Blues Gang sertai PKR

By MkiniBM in August 25, 2025 – Reading time 1 minute
Ito Blues Gang sertai PKR


Penyanyi utama kumpulan Blues Gang, Mohd Arif Kendut atau lebih dikenali sebagai Ito menyertai Cabang Titiwangsa, semalam.

Menerusi satu kenyataan media, hari ini, Ketua Cabang Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata, penyertaan vokalis Blues Gang itu dimuktamadkan menerusi penyerahan borang keahlian pada satu majlis yang diadakan Melaka.

118d381755841134196019654a78c0b8

“Majlis penyerahan borang telah diadakan pada 24 Ogos bertempat di Kings Hotel, Melaka bersempena dengan dengan Majlis Permukiman Hala Tuju Keadilan Cabang Titiwangsa.

“Tetamu kehormat Shamsul Iskandar Mohd Akin yang merupakan setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri Ibrahim telah menerima borang kemasukan beliau mewakili parti,” katanya.

Pada majlis tersebut Ito juga secara simbolik telah disarungkan sehelai kemeja berlogo Wilayah Persekutuan sebagai tanda permohonannya sudah diterima.

Menurut Syed Badli, Ito adalah reformis yang selama ini bergerak dibelakang tabir melalui dunia seni dan menyumbang karya-karya kearah perjuangan bagi membentuk saksiah masyarakat.

be29a6ea285567f767d74e1f19b2dc31

“Ito dikenali sebagai seorang reformis yang lantang menyuarakan perubahan sosial menerusi muzik dan seni, dan beliau juga mengambil bahagian dalam program retreat politik dua hari itu bagi mendalami dunia politik secara lebih dekat,” katanya lagi.

Dia juga melahirkan keyakinan bahawa penyertaan Ito bukan sahaja akan mengukuhkan lagi cabang Titiwangsa, tetapi memberi inspirasi kepada komuniti seni untuk turut bersama menyokong pentadbiran .



Source link