Malaysia Oversight

Isyarat PAS pada Muhyiddin, Anwar?

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 3 minute
Isyarat PAS pada Muhyiddin, Anwar?


Cadangan agar calon perdana menteri mestilah berumur bawah 70 tahun sukar dilaksanakan dalam sistem politik semasa, kata pakar sains politik Universiti Sunway, Wong Chin Huat.

Katanya, ini kerana apabila seorang ahli politik berjaya dalam politik – sambil bertahan daripada pelbagai perebutan puak sepanjang jalan – mereka biasanya sudah berumur lebih 60 tahun.

“Kalau dorongan cadangan ini kerana mahu menarik sokongan anak muda, mungkin had umur sepatutnya sekurang-kurangnya di bawah umur persaraan iaitu 60 tahun. Lebih muda sekitar usia 40an hingga 50an tentu lebih baik.

“Tetapi ini hampir mustahil kerana kita sendiripun tidak ada pilihan raya datuk bandar,” katanya kepada Malaysiakini.

42d694235563b864f7f53717c51aa2a3

Terdahulu, Presiden Abdul Hadi Awang berkata mereka yang berumur lebih 70 tahun tidak sepatutnya menjadi perdana menteri, ketika ditanya jika dia mahu menjadi calon PN untuk jawatan itu.

Pada sidang media selepas melancarkan Muktamar ke-71 di Alor Setar, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin mesti sihat tubuh badan.

Soalan itu timbul selepas Hadi dalam ucapan dasarnya sebelum itu mengisyaratkan kesediaan PAS untuk mentadbir negara.

Calon PM lebih muda

Mengulas kenyataan Hadi, Wong berkata ia “dorongan jelas” daripada PAS kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin supaya menyerahkan pencalonan perdana menteri kepada pemimpin yang lebih muda.

“Ini bermakna sama ada kepada Hamzah Zainudin (pencabar tersirat dalam Bersatu) atau seseorang daripada PAS.

4a9c981a30082ba338e9f2a0cb08657b
Wong Chin Huat.

“Ia secara berkesan membatalkan sokongan Bersatu terhadap Muhyiddin.

“Tanpa sokongan PAS, Bersatu akan menghadapi masalah untuk mempertahankan banyak kerusi marginalnya,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, PAS menang 42 kerusi – paling banyak berbanding mana-mana parti.

Bersatu pula menang 31 kerusi, tetapi kemudian memecat enam wakil rakyatnya selepas mereka mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

Wong berkata Muhyiddin mungkin terpaksa menyokong Hamzah jika dia mahu partinya mengekalkan pencalonan.

“(Tetapi) jika dia (Muhyiddin) berlengah dan PAS mengetengahkan calon perdana menterinya sendiri seperti (Menteri Besar Terengganu) Ahmad Samsuri Mokhtar, bahkan Hamzah pun boleh terlepas peluang,” tambahnya.

Dalam perhimpunan agung tahunan Bersatu awal bulan ini, parti itu sebulat suara menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri ke-11.

Bagaimanapun, muktamar PAS yang sedang berlangsung menyaksikan parti itu pula menolak untuk mengetuai PN.

adb52b8908409ea90e75937f843cd09a

Terdahulu, Muhyiddin berkata kepimpinan tertinggi PN akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memutuskan calon perdana menterinya.

PH pun terikat faktor umur

Sementara itu, Wong berkata adalah “benar-benar mustahil” untuk Pakatan Harapan memenuhi syarat perdana menteri bawah 70 tahun.

Ini kerana DAP tidak boleh mengetuai gabungan itu akibat persepsi tidak mesra Melayu manakala Amanah pula terlalu kecil, jelasnya.

7a8a11ddfcf37e9a81e2323723a3b9b8

Dalam , individu paling hampir di bawah Ibrahim ialah anaknya, namun dia tidak mempunyai kerusi parlimen, tambah Wong.

“Secara realistik, tiada siapa dalam – termasuk Rafizi Ramli – yang mempunyai kewibawaan untuk meraih sokongan serta penghormatan daripada BN, GPS dan GRS seperti .

“Walaupun PH tidak boleh bergerak tanpa dalam PRU ke-16, ia mesti menunjukkan komitmen untuk menamatkan pemerintahan berpanjangan oleh tokoh tua – yang paling jelas dilambangkan oleh Dr Mahathir Mohamad – dengan melaksanakan had tempoh 10 tahun untuk jawatan perdana menteri sebelum PRU16,” katanya.

Dalam kongres DAP pada Mac lalu, Anwar bersetuju dengan cadangan reformasi untuk mengehadkan tempoh perdana menteri kepada hanya dua penggal.

7c38f4e1fd7b189c1d935791eb6e0a5b

Bagaimanapun, PAS menolak cadangan itu dengan alasan mengehadkan tempoh perdana menteri kepada 10 tahun bertentangan dengan kehendak Tuhan.

Mahathir juga tidak bersetuju, berkata tempoh sedekad tidak cukup untuk melaksanakan kemajuan yang berjaya.

[Baca berita asal]



Source link