Malaysia Oversight

Isu SSD Hilang Selepas Kemaskini Windows 11 Kini Dilaporkan Disebabkan Oleh Perisian Phison

By Amanz in September 8, 2025 – Reading time 1 minute
Isu SSD Hilang Selepas Kemaskini Windows 11 Kini Dilaporkan Disebabkan Oleh Perisian Phison



Kingston XS1000 SSD iv

Isu SSD Hilang Selepas Kemaskini Windows 11 Kini Dilaporkan Disebabkan Oleh Perisian Phison

September 8, 2025
Lain-lain

Nazrin

Pada bulan lepas, kami telah melaporkan bahawa terdapat isu dengan sejumlah pengguna yang telah mengemaskini sistem operasi Windows 11 mereka dengan kemaskini terbaru, dimana ia telah menyebabkan storan SSD mereka hilang daripada disenaraikan dalam komputer.

Kini, terdapat laporan terbaru berkenaan isu ini telah mengenalpasti sebab sebenar mengapa ia berlaku. Perlu diingatkan bahawa isu ini dilihat berlaku hanya kepada SSD-SSD tertentu sahaja, dan ia telah dikenalpasti bahawa sebabnya adalah kerana perisian tegar (firmware) ujian yang digunakan bersama-sama kemaskini Windows 11 tersebut.

Perkara ini dilaporkan juga telah disahkan oleh pihak penguji dan juga jurutera-jurutera di Phison yang mengatakan bahawa semua ujian berkaitan isu ini berkait dengan penggunaan perisian tegar ujian tersebut, dan telah diperbaiki setelah menggunakan perisian tegar rasmi.

Langkah seterusnya, khusus untuk mereka yang menggunakan SSD yang tersenarai di sini sebagai contoh ialah untuk mengemaskini perisian tegar storan ke versi yang terbaru secepat yang mungkin.

Kadang-kala, apabila pengguna memuat-turun dan memasang kemaskini terbaru pada komputer mereka, akan berlaku insiden apabila mereka akan memuat-turun kemaskini ujian, dan untuk perisian tegar, khususnya untuk komponen seperti storan, ia agak sukar untuk mengenalpasti sumber masalah apabila isu-isu seperti ini berlaku.

Tom’s Hardware

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link