Malaysia Oversight

Isu cukai hiburan antara tumpuan pertemuan Anwar, Yusof Haslam

By MkiniBM in January 15, 2026 – Reading time 1 minute
Isu cukai hiburan antara tumpuan pertemuan Anwar, Yusof Haslam


Perdana Menteri Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengarah dan penerbit tersohor, Yusof Haslam bagi membincangkan perkembangan serta hala tuju industri perfileman tempatan.

“Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai cabaran dan potensi industri kreatif, termasuk isu cukai hiburan yang dibangkitkan, yang akan diteliti dan dibincangkan lanjut bersama negeri,” kata dalam hantaran di media sosialnya.

turut menyentuh mengenai karya filem Sheriff: Narko Integriti yang dihasilkan oleh Skop Productions, syarikat milik Yusof Haslam, yang mengangkat tema antirasuah.

“Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap karya filem Sheriff: Narko Integriti sebelum ini yang menyentuh isu rasuah dan integriti, serta menghargai sokongan penggiat seni terhadap usaha menjunjung keterbukaan dan kebebasan bersuara,” katanya lagi.

9673fcdfa39ba0883222a807ef29bb14
Antara babak dalam filem Sheriff, gambar hiasan

Isu cukai hiburan sebelum ini sering dibangkitkan oleh pemain industri filem dan persembahan yang menyifatkan kadar sedia ada sehingga 25 peratus sebagai tinggi.

Jaminan kebebasan berkarya

Anwar yang juga menteri kewangan menegaskan komitmen untuk memastikan ekosistem industri kreatif terus berkembang melalui sokongan terhadap kebebasan kreatif.

b66a39f73fd4142bdabc932843ca5a6b

Dia memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan kebebasan berkarya terus dipelihara bagi membolehkan penggiat seni menghasilkan karya yang lebih berani dan berkualiti tinggi.



Source link