Malaysia Oversight

Isu bendera: Tak perlu berhimpun, tindakan sudah diambil

By MkiniBM in August 10, 2025 – Reading time 1 minute
Isu bendera: Tak perlu berhimpun, tindakan sudah diambil


Polis menasihatkan Pemuda supaya tidak meneruskan rancangan mereka untuk memprotes isu dakwaan kesalahan mengenai bendera di Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Alwi Zainal Abidin berkata pihak berkuasa sudah mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian itu termasuk menahan individu terbabit.

“PDRM menyarankan perhimpunan tersebut tidak perlu dilaksanakan.

“Ini kerana PDRM telah mengambil tindakan sewajarnya dan tangkapan individu terlibat telah dibuat. Malah kertas siasatan akan kita kemukakan kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk cadang pertuduhan,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, polis juga masih belum menerima sebarang notis daripada penganjur protes berkenaan rancangan mereka.

Semalam, Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh mengumumkan rancangannya untuk melawat dan mengajar pemilik kedai di Pulau Pinang mengenai cara memasang Jalur Gemilang dengan betul.

Berikutan itu, sayap parti itu juga bercadang untuk menggerakkan orang ramai untuk mengadakan perhimpunan bantahan di kedai di Kepala Batas itu esok.

Kesilapan bendera terbaru tular di media sosial semalam selepas akaun Facebook dengan nama Nazirul Hafiz menyiarkan video berdurasi 20 saat, di mana seorang lelaki dilihat membawa bendera terbalik di atas tiang, manakala seorang lagi merakamnya.

Polis telah melancarkan siasatan dan menahan seorang lelaki berhubung kejadian itu.



Source link