Malaysia Oversight

Istana Arau jadi tumpuan media, menanti istiadat angkat sumpah MB baru

By MkiniBM in December 28, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Istana Arau di Perlis menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis yang baru. 

Pengamal media yang tiba seawal 11.30 pagi dibenarkan masuk ke kawasan parkir di pekarangan istana yang dikawal rapi anggota keselamatan dan keadaan cuaca juga sangat baik, cerah dan berangin.

Anggota polis mengawal pintu masuk utama istana dan di beberapa simpang berhampiran laluan utama ke Istana Arau.

Pelantikan Menteri Besar Perlis ke-12 itu, berikutan peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri () Sanglang pada 25 Dis lepas secara sukarela atas faktor kesihatan.

Pada hari sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Rus’sele Eizan mengumumkan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Perlis.

Kekosongan luar jangka itu berlaku selepas pada 24 Dis mengumumkan keahlian dalam parti itu untuk tiga parti tersebut iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti, susulan tindakan menarik sokongan terhadap Mohd Shukri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Perikatan Nasional di Perlis memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN, dengan sembilan kerusi dimenangi dan lima oleh Bersatu, manakala Pakatan Harapan (PH) menerusi memenangi satu kerusi. 

Bernama



Source link