Malaysia Oversight

Israel usir 32 aktivis sokong petani Palestin berdepan penduduk Yahudi di Tebing Barat

By Utusan in October 23, 2025 – Reading time 2 minute
Israel usir 32 aktivis sokong petani Palestin berdepan penduduk Yahudi di Tebing Barat


TEL AVIV: Israel pada Rabu mengarahkan pengusiran 32 aktivis asing kerana menyokong petani Palestin yang terlibat dalam musim menuai zaitun dan menentang keganasan oleh penduduk penempatan haram Yahudi di wilayah Tebing Barat yang diduduki, lapor agensi berita Anadolu.

Dalam satu kenyataan bersama, Menteri Dalam Negeri Yariv Levin dan Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir berkata aktivis berkenaan akan diusir kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pertubuhan bukan Union of Agricultural Work Committees (UAWC), sebuah organisasi yang menyokong petani Palestin semasa menyertai satu tunjuk perasaan minggu lalu.

Menurut kenyataan itu, aktivis berkenaan juga dikenakan larangan memasuki Israel selama 99 tahun, namun tidak mendedahkan kewarganegaraan mereka.

Perintah pengusiran itu dibuat atas permintaan Yossi Dagan, ketua Majlis Penempatan di utara Tebing Barat.

Diasaskan pada tahun 1986, Union of Agricultural Work Committees merupakan organisasi pembangunan pertanian bukan terbesar di Tebing Barat yang membantu petani Palestin berdepan sekatan Israel.

Sementara itu, tentera Israel turut menahan 45 rakyat Palestin dalam beberapa serbuan ketenteraan di seluruh Tebing Barat.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan Palestinian Prisoner Society, seramai 30 individu ditahan di Hebron manakala 15 lagi di bandar lain.

Tentera turut dilaporkan menyerang ahli keluarga tahanan serta merosakkan harta benda mereka. -AGENSI





Source link