Malaysia Oversight

‘Israel negara berdaulat, bebas mengundi untuk rampas Tebing Barat’

By Utusan in October 24, 2025 – Reading time 2 minute
'Israel negara berdaulat, bebas mengundi untuk rampas Tebing Barat'


TEL AVIV: Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir menegaskan Israel adalah sebuah negara berdaulat dan bebas serta anggota Knesset berhak mengundi mengikut pertimbangan sendiri dalam satu hantaran di media sosial yang ditujukan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald .

Beliau memuat naik kenyataan di platform X susulan undian awal di Knesset semalam mengenai dua rang undang-undang untuk menduduki sebahagian wilayah Tebing Barat. Parti sayap kanan radikal pimpinan beliau, Otzma Yehudit, mengundi menyokong cadangan tersebut.

sebelum ini menegaskan beliau tidak akan membenarkan Israel menduduki Tebing Barat, manakala Naib Presiden AS, JD Vance yang berada di Israel ketika undian dibuat menyifatkan langkah itu sebagai ‘sangat bodoh’.

Ben Gvir bagaimanapun menekankan beliau tetap mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap , yang digelarnya sebagai presiden AS paling pro-Israel.

Beliau juga dilihat merujuk kenyataan Trump kepada Time yang diterbitkan pada Khamis mengenai presiden itu mungkin akan menekan Israel untuk membebaskan pemimpin Palestin terkenal, Marwan Barghouti iaitu seorang tahanan yang disabitkan kesalahan keganasan di Israel.

Ben Gvir menyifatkan Barghouti sebagai pembunuh Nazi keji yang bertanggungjawab atas pertumpahan darah ramai orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak serta menegaskan bahawa Barghouti tidak akan dibebaskan dan tidak akan memimpin Gaza.

Sebelum ini, perunding Hamas mencuba tetapi gagal mendapatkan pembebasan Barghouti dalam rundingan pertukaran tahanan–tebusan yang diusahakan AS. -AGENSI





Source link