Malaysia Oversight

Irfan Bakti anggap kemenangan ke atas Selangor II, detik manis

By Utusan in January 13, 2026 – Reading time 2 minute
Irfan Bakti anggap kemenangan ke atas Selangor II, detik manis


KOTA BHARU: Kejayaan menewaskan pendahulu Liga A1 Semi Pro, FC II dianggap satu kenangan manis bagi Red Warriors FC (KRW) apatah lagi ia berlaku di hadapan penyokong setia mereka di Stadium Sultan Muhammad IV.

Ketua Jurulatih KRW, Irfan Bakti Abu Salim berkata, penghargaan seharusnya diberikan kepada barisan pemainnya yang telah menunjukkan disiplin tinggi sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

“Sikap penuh berdisiplin itulah kunci sebenar yang membolehkan barisan pemain saya mampu menyaingi kehebatan skuad FC II. Penghargaan harus diberikan kepada mereka.

“Bukan satu tugas mudah untuk mengekang barisan pemain FC II kerana mereka lebih berkualiti, berani, berpengalaman dan pernah beraksi di peringkat antarabangsa,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Beliau turut memuji peranan Emmanuel Mbarga Junior yang bukan sahaja menjaringkan gol tunggal perlawanan, malah menjadi watak penting dalam mencorakkan serangan pasukan tanpa putus asa.

“KRW sebenarnya tidak ada ‘jogho’ atau ‘hero’ untuk mengemudi kemenangan pasukan kecuali Mbarga dan kekentalan pertahanan kita. Sebab itu kita perlu memastikan Mbarga sentiasa bergerak dengan peranan bebas untuk mencipta lebih banyak peluang,” katanya.

Kelantan TRW1
BARISAN kejurulatihan dan pemain Red Warrior meraihkan kejayaan menewaskan Selangor II FC pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi-IHSAN KRW FC

Sementara itu, pengendali Selangor FC II, Shaiful Nizam Ab. Khamis menganggap kekalahan kedua berturut-turut dengan jaringan pada masa kecederaan adalah pelajaran berguna buat skuad kendaliannya.

“Ia satu pelajaran penting bahawa, sungguhpun kita mengawal tempo perlawanan dan cipta banyak peluang, namun jika ia tidak dimanfaatkan kita boleh dikalahkan oleh lawan yang hanya ada satu peluang tetapi disempurnakan dengan jaringan gol.

“Ia merupakan proses untuk belajar mengawal situasi, mengekalkan kemenangan, menguruskan tekanan dan mengutip pengalaman bagaimana untuk berdepan pemain-pemain lebih senior. Semua ini cabaran yang perlu mereka pelajari demi masa depan masing-masing,” katanya.

Ujarnya, barisan pemain Selangor FC II perlu kekal positif dan jangan cepat putus asa kerana mereka masih ada 14 perlawanan lagi yang memerlukan komitmen penuh demi mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga.

“Perlawanan seterusnya, kita akan melayan kunjungan Malaysia Universiti FC dan mempunyai kelebihan untuk menambah kutipan mata selaku tuan rumah dan kita tidak boleh lagi memandang ke belakang,” jelasnya.-UTUSAN





Source link