Malaysia Oversight

iQOO Z10 Turbo dan Z10 Turbo Pro Dilancarkan Dengan Bateri 7620 mAh

By Amanz in April 29, 2025 – Reading time 2 minute
iQOO Z10 Turbo dan Z10 Turbo Pro Dilancarkan Dengan Bateri 7620 mAh


IQOO

iQOO Z10 Turbo dan Z10 Turbo Pro Dilancarkan Dengan Bateri 7620 mAh

April 29, 2025

Effi Saharudin

Dua peranti iQOO Z10 Turbo dan iQOO Z10 Turbo Pro telah dilancarkan di dengan ia hadir dengan kapasiti bateri yang cukup besar. Kita mulakan dengan iQOO Z10 Turbo Pro yang dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz serta keterangan mencecah 4400 nit. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 512GB UFS 4.1 dan bateri 7000 mAh dengan pengecasan 120W.

iqoo Z10 Turbo Pro A

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan sensor LYT-600 dan lensa ultra lebar 8MP sementara itu di hadapan pula terdapat sensor kamera swafoto 16MP. Sistem operasi yang digunakan ialah OriginOS 5 berasaskan Android 15. Tubuh peranti pula melepasi piawaian kalis air serta debu IP65. Selain itu terdapat juga pengimbas cap jari bawah skrin, pemancar infra merah dan speaker stereo.

iqoo Z10 Turbo A

Sementara itu iQOO Z10 Turbo dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz serta keterangan mencecah 4400 nit. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 8400, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 512GB UFS 4.1 dan bateri 7650 mAh dengan pengecasan 90W.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan sensor LYT-600 dan lensa kedalaman 2MP sementara itu di hadapan pula terdapat sensor kamera swafoto 16MP. Sistem operasi yang digunakan ialah OriginOS 5 berasaskan Android 15. Tubuh peranti turut melepasi piawaian kalis air serta debu IP65. Selain itu terdapat juga pengimbas cap jari bawah skrin, pemancar infra merah dan speaker stereo.

iqoo Z10 Turbo Pro B

Kedua-dua peranti hanya mempunyai perbezaan pada cip yang digunakan, lensa kamera dan juga kapasiti bateri. Harga jualan peranti adalah seperti di bawah.

  • iQOO Z10 Turbo Pro (12/256 GB) – RMB 1999 (~RM 1166)
  • iQOO Z10 Turbo Pro (12/512 GB) – RMB 2399 (~RM 1423)
  • iQOO Z10 Turbo Pro (16/256 GB) – RMB 2199 (~RM 1304)
  • iQOO Z10 Turbo Pro (16/512 GB) – RMB 2599 (~RM 1542)
  • iQOO Z10 Turbo (12/256 GB) – RMB 1799 (~RM 1067)
  • iQOO Z10 Turbo (12/512 GB) – RMB 2199 (~RM 1304)
  • iQOO Z10 Turbo (16/256 GB) – RMB 1999 (~RM 1166)
  • iQOO Z10 Turbo (16/512 GB) – RMB 2399 (~RM 1423)

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link