iPadOS 26, macOS Tahoe 26, watchOS 26, tvOS 26 dan visionOS 26 Kini Boleh Dimuat Turun
September 16, 2025
Effi Saharudin
Sempena Hari Malaysia yang cukup bermakna hari ini, Apple telah memberikan kemas kini untuk kesemua sistem operasi mereka iaitu iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe 26, watcOS 26, tvOS 26 dan visionOS 26. Kesemua sistem operasi Apple kini menggunakan nombor versi yang sama bagi memudahkan orang ramai mengetahui sistem operasi mereka adalah yang terkini.

Seperti yang telah kami sentuh pasca WWDC pada bulan Julai lalu, kemas kini hari ini juga membawakan antaramuka Liquid Glass pada semua peranti. Penyeragaman tidak terhenti di situ dengan elemen seperti Quick Setting juga sama pada semua peranti. Kemas kini boleh dilalukan secara OTA sekarang menerusi tetapan Settings peranti yang anda miliki.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.