Malaysia Oversight

iPad Pro Dengan Kebuk Wasap Hanya Akan Dilancarkan 2027

By Amanz in October 27, 2025 – Reading time 1 minute
iPad Pro Dengan Kebuk Wasap Hanya Akan Dilancarkan 2027


iPad Pro Dengan Kebuk Wasap Hanya Akan Dilancarkan 2027

October 27, 2025

Effi Saharudin

Sistem penyejukan kebuk wasap diperkenalkan pada siri 17 Pro tahun ini bagi menyelesaikan isu prestasi berkurangan apabila peranti menjadi panas. Apabila iPad Pro M5 dilancarkan beberapa minggu lalu, ramai agak terkejut ia tidak dilengkapi sistem yang sama walaupun hadir dengan cip yang lebih berkuasa.

Apple iPhone 17 Pro Vapor chamber kebuk Penyejuka
Kebuk wasap 17 Pro

Menurut laporan terkini Mark Gurman di Bloomberg, iPad Pro dengan kebuk wasap akan hanya dijual bermula 2027. Pada waktu tersebut iPad Pro dijangka menggunakan cip M6. Sistem penyejukan baharu ini memerlukan rekaan baharu digunakan.

Pada 17 Pro misalnya penggunaan kebuk menyebabkan keseluruhan tubuh bertukar semula kepada aluminium dan bukan lagi titanium kerana ia konduktor haba lebih baik. Pada waktu yang sama keseluruhan tubuh iPhone 17 Pro kini menjadi sinki haba.

Kebuk wasap ini akan membezakan iPad Pro dengan model iPad yang lain selepas ini. Kuasa lebih tinggi dan berterusan dapat dicapai dengan sistem penyejukan yang lebih efisien berbanding sekarang.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link