iOS 26 Hanya Digunakan 15% iPhone Setakat Ini
Effi Saharudin
Antara alasan popular membeli iPhone berbanding Android ialah untuk kelihatan berharta kemas kini yang diberikan Apple adalah pantas. Semalam sistem operasi diumumkan, pagi ini ia boleh digunakan pada iPhone di dalam tangan. iOS 26 diberikan pada 16 September lalu tetapi selepas hampir empat bulan peratusan iPhone yang menggunakannya adalah rendah.

Menurut data Statcounter, hanya 15.17% iPhone kini menggunakan iOS 26. Sebagai perbandingan, pada Januari 2025 sebanyak 63% iPhone sudah menggunakan iOS 18 yang pada waktu itu adalah versi sistem operasi paling terkini. Sistem operasi iOS 18 yang terdiri daripada iOS 18.7, iOS 18.7 dan iOS 18.5 pula adalah 64.62% yang adalah hampir 4 kali ganda lebih tinggi.,
Jumlah penggunaan iOS 26 yang lebih rendah ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti pengguna yang kurang senang dengan antaramuka baharu Liquid Glass yang walaupun cantik dilihat kurang praktikal. Apple segera memberikan pilihan Tinted pada iOS 26.1 kepada pengguna yang tidak mahu menggunakan antaramuka lutsinar. Ada juga yang merungut prestasi iPhone terjejas sejak menggunakan iOS 26 khususnya pada peranti lebih berusia. Jika anda masih belum mengemaskini ke iOS 26, apa pula alasan anda?





