Malaysia Oversight

Inti pati Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13)

By MkiniBM in July 31, 2025 – Reading time 1 minute
Inti pati Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13)


Berikut antara inti pati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030 bertemakan Melakar Semula Pembangunan di Dewan Rakyat hari ini.

Pertama – Tatakelola baik. Madani meneruskan usaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti, mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memantapkan pengurusan fiskal.

Kedua – Meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi.

Ketiga – Pembangunan yang terangkum dan responsif dengan keutamaan untuk menaikkan lantai dan darjat kehidupan rakyat.

  • Dalam tempoh RMK13, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun, diterajui oleh permintaan domestik, terutama penggunaan dan pelaburan swasta.

  • Penambahbaikan tatakelola ditumpukan kepada tiga aspek iaitu menginstitusikan yang cekap dan berkesan, menyediakan perkhidmatan berpaksikan rakyat serta memastikan kekuatan fiskal dan impak perbelanjaan negara sampai kepada golongan sasar.

– Bernama



Source link