Malaysia Oversight

Intel Tiada Perancangan Menghentikan Pengeluaran GPU Arc Pada Waktu Ini

By Amanz in September 19, 2025 – Reading time 1 minute
Intel Tiada Perancangan Menghentikan Pengeluaran GPU Arc Pada Waktu Ini


Intel Tiada Perancangan Menghentikan Pengeluaran GPU Arc Pada Waktu Ini

September 19, 2025
Intel

Effi Saharudin

Pembelian sekitar 5% saham Intel oleh NVIDIA minggu ini adalah antara berita yang paling mengejutkan dunia teknologi. Intel yang sedang bertarung untuk terus wujud diberikan $5 bilion of pesaing secara mengejut. Antara yang disahkan oleh CEO NVIDIA, Jensen Huang ialah cip pemproses Intel selepas ini akan dilengkapi GPU NVIDIA.

Intel Arc B580

Bagi yang ingin mengetahui masa depan GPU Intel Arc, wakil Intel mengatakan mereka tidak mempunyai perancangan untuk menghentikan pengeluarannya pada waktu ini menurut laporan PCWorld. Hala tuju produk Intel masih belum berubah daripada perancangan asal.

Kad grafik Intel Arc Battlemage ditawarkan sebagai alternatif mampu milik kepada produk keluaran NVIDIA dan AMD. Penghentian produk akan mengurangkan persaingan dan ini ialah berita buruk buat pengguna yang semakin kekurangan pilihan berbanding 20 tahun lalu.

Sejauh manakah Intel akan benar-benar kekal dengan Arc hanya akan diketahui selepas hala tuju asal tamat. Sejak melakukan program pengurangan kos, Intel menghentikan pengeluaran cip AI dan nod tertentu pada waktu yang sama ingin menawarkan produk lebih kompetitif.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link