Malaysia Oversight

Intel Mengumumkan Barisan Pengurusan Baru Untuk Beberapa Bahagian Perniagaan

By Amanz in September 9, 2025 – Reading time 2 minute
Amerika Syarikat Dalam Perbincangan Memegang Sebahagian Saham Intel


Intel Mengumumkan Barisan Pengurusan Baru Untuk Beberapa Bahagian Perniagaan

September 9, 2025
Intel

Nazrin

Sepanjang tahun ini, ia dapat diperlihatkan bahawa Intel merupakan salah satu daripada sekumpulan kecil syarikat teknologi gergasi yang sedang merombak semula barisan pekerja dan pengurusan mereka kerana kerugian besar yang dialami syarikat tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Terkini, syarikat pereka dan pengeluar cip tersebut telah mengumumkan tampuk pengurusan baru di beberapa bahagian utama syarikat, seperti Intel Data Centre Group, Intel Client Computing Group, bahagian Intel Faundri dan juga satu bahagian yang baru ditubuhkan, yang dinamakan Intel Central Engineering Group.

Bermula dengan Intel Data Centre Group, Kevork Kechichian telah menyertai Intel sebagai Timbalan Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar bahagian Intel Data Centre Group. Beliau menyertai Intel dari ARM, dimana beliau mempunyai pengalaman sebagai timbalan presiden kejuruteraan di syarikat tersebut. Beliau sebahagian daripada pasukan yang mengubah kedudukan ARM sebagai pelesen teknologi kepada sebuah syarikat yang turut memperkenalkan produk-produk baru yang dimanfaatkan oleh syarikat teknologi lain.

image 34

Jim Johnson, seorang pengurus dengan pengalaman selama 40 tahun di Intel telah dinaikkan pangkat ke Timbalan Presiden dan Pengurus Besar Intel Client and Computing Group, dimana beliau sebelum ini telah memegang jawatan tersebut secara sementara.

Sebelum ini beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan di pelbagai bahagian Intel seperti di Intel Technology and Manufacturing Group, Networking and Communications Group dan sejumlah lokasi Intel yang lain. Beliau kini akan bertanggungjawab untuk sebarang urusan dan pembangunan berkaitan segmen klien pengguna Intel, yang dijangka termasuk semua produk-produk Intel untuk pengguna dalam masa terdekat ini, seperti Intel Panther Lake dan Nova Lake kelak.

Intel Central Engineering Group merupakan satu bahagian yang baru ditubuhkan, dan menurut kenyataan Intel, bahagian ini bertanggungjawab untuk membantu syarikat-syarikat teknologi luaran menggunakan teknologi rekaan dan pengeluaran cip semikonduktor sedia ada Intel untuk keperluan mereka.

Bahagian ini akan diketuai oleh Srinivasan Iyengar yang telah menyertai Intel pada Cadence Design Systems pada bulan Jun tahun ini. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pembangunan sistem mesin pelayan hyperscale dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang keperluan industri dalam membangunkan teknologi cip semikonduktor dan mesin pelayan tersuai.

Pihak Intel juga mengesahkan bahawa kesemua individu-individu ini akan melapor terus kepada CEO syarikat, Lip-Bu Tan.

TechPowerUp

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link