Malaysia Oversight

Intel Dijangka Memperkenalkan Siri Intel Core Ultra “X” Sebagai Model Paling Berkuasa

By Amanz in October 2, 2025 – Reading time 1 minute
Intel Dijangka Akan Membuat Pengumuman Mengenai Cip Panther Lake Tidak Lama Lagi



image 24

Intel Dijangka Memperkenalkan Siri Intel Core Ultra “X” Sebagai Model Paling Berkuasa

October 2, 2025
Intel

Nazrin

Semalam kami telah melaporkan bahawa Intel dijangka akan memperlihatkan butiran lanjut mengenai siri cip pemprosesan Intel Panther Lake sewaktu acara Intel Tech Tour yang sedang berlangsung di Arizona, Amerika Syarikat.

Terkini, terdapat ura-ura baru yang mengatakan bahawa bersama dengan pengumuman pelancaran cip pemprosesan tersebut, Intel juga dijangka akan memperkenalkan model CPU Intel Core Ultra X sebagai model cip pemprosesan komputer riba yang paling berkuasa dalam siri Panther Lake.

Sebelum ini, nama HX diletakkan di penghujung nama model CPU komputer riba sebagai penanda untuk tahap kuasa tertinggi pemprosesan cip tersebut. Dengan nama model terbaru ini, mungkin nama seperti Intel Ultra X7 358H (seperti yang dilihat dibawah) adalah cara baharu untuk mengenalpasti kelas cip pemprosesan tersebut.

Siri cip pemprosesan Intel Panther Lake juga sebelum ini telah disahkan akan menggunakan cip grafik Intel Arc Xe3 “Celestial” dan contoh yang diberikan ada memperlihatkan penggunaan cip tersebut didalam CPU tersebut secara terbina.

Intel dijangka akan memperkenalkan siri cip pemprosesan Intel Panther Lake pada 9 Oktober ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenainya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link