Intel Akan Menghasilkan GPU Untuk Pusat Data
Effi Saharudin
Pelan pemulihan Intel di bawah CEO Lip Bu Tan mual menampakkan kesan positif dengan syarikat menerima pelaburan daripada pesaing seperti NVIDIA dan kerajaan Amerika Syarikat kini ialah antara pemegang saham. Seterusnya dalam agenda Intel ialah menawarkan GPU untuk pusat data bagi memberikan persaingan kepada NVIDIA.

Ini didedahkan oleh Lip Bu Tan ketika di acara Cisco AI Summit. Intel pernah menawarkan Data Center GPU Max beberapa tahun lalu tetapi ia kurang mendapat sambutan berbanding produk ditawarkan NVIDIA dan AMD. Eric Demmers yang menyertai Intel daripada Qualcomm bulan lalu akan mengetuai pasukan membangunkan GPU pusat data baharu ini.
Kegagalan CPU dan GPU pusat data sebelum ini menyebabkan syarikat mengalami kerugian besar sehingga Pat Galsinger dipaksa meletakkan jawatan sebagai CEO. Maka projek GPU terkini Intel ini juga perlu berjaya bagi mengelakkan isu yang lalu berulang semula.






