Instagram Perkenal Ciri Mengubah Algoritma Supaya Lebih Selari Dengan Minat
Effi Saharudin
Instagram memperkenankan ciri baharu hari ini yang memberikan kuasa kepada pengguna untuk mengubah algoritma supaya lebih selari dengan minat. Pengguna boleh menambah dan mengalih keluar topik yang ingin dilihat di susur masa.

Pada peringkat permulaan algoritma baharu ini akan digunapakai pada Reels terlebih dahulu dengan perancangan untuk mengembangkannya ke Explore tidak lama lagi. Ketua Instagram, Adam Mosseri berkata ciri ini turut akan diberikan kepada Threads kelak.
Menurut Mosseri, pengenalan ciri ini ialah bagi memberikan lebih banyak kawalan ke atas pengalaman Instagram dengan ia akan menjadi cara baharu untuk membentuk apa yang akan dilihat. Ciri ini adalah mirip tetapan semula algoritma FYP yang diberikan TikTok kepada pengguna sejak 2023.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






