Malaysia Oversight

Instagram Perkenal Ciri Lukisan Dalam DM

By Amanz in October 24, 2025 – Reading time 1 minute
Instagram Perkenal Ciri Lukisan Dalam DM


Instagram Perkenal Ciri Lukisan Dalam DM

October 24, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Instagram menambah ciri baharu yang membolehkan pengguna melukis secara langsung dalam paparan mesej peribadi (DM), selain kebolehan meletakkan pelekat (sticker) di mana-mana bahagian perbualan.

IG DRAW 91

Melaluinya, pengguna boleh mengakses pilihan ‘Draw’ dengan menekan ikon ‘+’ di sebelah kanan ruang menaip mesej.

Seterusnya, satu set alatan lukisan termasuk pilihan warna akan muncul di bahagian atas skrin yang membolehkan pengguna menambah lukisan yang sesuai dengan perbualan mereka.

Pengguna turut boleh memadam lukisan yang telah dibuat dengan menekan lama pada lukisan tersebut sehingga muncul pilihan ‘Hide All’ dan ‘Unsend’.

Instagram

Selain itu, pengguna juga boleh meletakkan pelekat dalam ruang perbualan bagi menjadikan interaksi lebih menarik dan bersifat peribadi.

Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu menekan ikon pelekat, kemudian menekan lama pelekat pilihan untuk menyeretnya masuk ke dalam ruang perbualan.

Kedua-dua ciri baharu ini mula diberikan kepada pengguna di seluruh dunia bermula hari ini.

Threads

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link