
Instagram Menekankan Mereka Tidak Mendengar Perbualan Anda Melalui Mikrofon Untuk Paparan Iklan
Aman
Ketua Instagram, Adam Mosseri kini menyangkal salah satu mitos yang diperkatakan ramai, dan menekankan yang mana Instagram tidak mendengar sebarang perbualan anda melalui mikrofon. Sebelum ini, ramai memperkatakan berkenaan teori berkenaan, memandangkan pengguna akan dipaparkan dengan sesuatu iklan, sebaik sahaja selesai berbual berkaitan dengannya.
Ketua Instagram turut menekankan yang sekiranya mikrofon digunakan, ia akan memberikan kesan kepada bateri peranti, disamping pada masa yang sama sebuah notifikasi turut diperlihatkan kepada pengguna berkaitan akses kepada mikrofon.
Sebaliknya, ia ditekankan yang penyasaran pengiklanan dilakukan Meta dengan mengambil kira pelbagai data berkaitan, termasuk hasil perkongsian bersama beberapa rakan pengiklan Meta.
Bergerak kehadapan, Meta turut telah mengumumkan mereka akan menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam penyasaran pengiklanan kepada pengguna – termasuk mengambil kira pelbagai perbualan pengguna bersama Meta AI.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






