Malaysia Oversight

Instagram Akan Memaparkan Kandungan Berstatus PG-13 Sahaja Kepada Pemegang Teen Account

By Amanz in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
Instagram Akan Memaparkan Kandungan Berstatus PG-13 Sahaja Kepada Pemegang Teen Account


Instagram Akan Memaparkan Kandungan Berstatus PG-13 Sahaja Kepada Pemegang Teen Account

October 15, 2025
Meta

Effi Saharudin

Instagram kini menapis kandungan yang memenuhi kriteria klasifikasi filem PG-13 sahaja kepada pemegang Teen Account. Menerusi spesifikasi yang dikeluarkan oleh MPAA, kandungan PG-13 tidak mempunyai aksi seksual, gambar ganas atau gambar yang boleh mengganggu ketenteraman.

Meta Instagram Teen Accounts PG 13

Ia adalah satu lagi sistem saringan kandungan daripada Meta yang sebelum ini menghadkan pemegang Teen Account daripada melihat kandungan yang dihasilkan untuk orang dewasa, penggunaan barangan tembakau dan juga barangan alkohol. Selain itu kandungan seperti lagak ngeri yang boleh mengakibatkan kecederaan, bahasa kasar mencarut melampau dan memaparkan peranti menghisap ganja juga akan ditapis secara automatik.

Secara lalai pengguna remaja di Instagram dan Facebook akan diberikan Teen Account. Akaun ini kemudiannya boleh dipantau oleh ibu bapa serta penjaga bagi memastikan anak-anak tidak terdedah kepada kandungan yang dirasakan tidak sesuai dengan umur mereka.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link