Malaysia Oversight

Insta360 GO Ultra Dilancarkan – Kamera Aksi Kompak Dengan Sensor Lebih Besar

By Amanz in August 22, 2025 – Reading time 1 minute
Insta360 GO Ultra Dilancarkan – Kamera Aksi Kompak Dengan Sensor Lebih Besar


Insta360 GO Ultra Dilancarkan – Kamera Aksi Kompak Dengan Sensor Lebih Besar

August 22, 2025
Fotografi
Lain-lain

Amy Maizuraa

Insta360 memperkenalkan kamera aksi kompak terbaharunya GO Ultra dengan peningkatan prestasi ketara berbanding model sebelumnya GO 3S. Dilengkapi sensor 1/1.28 inci yang 221% lebih besar, kamera ini mampu menghasilkan imej lebih tajam dan terang, terutama dalam pencahayaan rendah.

Insta360 GO Ultra 1 edited

GO Ultra menyokong rakaman gambar sehingga 50MP dan video 4K/60FPS. Format gambar ialah JPG dan DNG, manakala video dirakam dalam MP4. Ia menawarkan pelbagai mod rakaman seperti HDR, Timelapse, Slow Motion dan Portrait, serta menyokong Active HDR sehingga 4K30fps. Kamera ini turut menyokong nisbah aspek 4:3, 16:9 dan 2.35:1 dengan rakaman gerak perlahan sehingga 240fps pada resolusi 1080P.

Insta360 GO Ultra 3

Teknologi PureVideo yang disertakan memastikan rakaman kekal stabil walaupun dalam keadaan gelap atau semasa bergerak. Aplikasi Insta360 juga ditambah baik dengan ciri AI baharu yang membolehkan pengguna menyunting video dengan lebih mudah melalui penambahan kesan visual, audio dan transisi.

Insta360 GO Ultra 5

GO Ultra direka untuk rakaman bebas tangan dan hadir bersama aksesori seperti Magnet Pendant, Sticky Tabs, Pivot Mount dan Flexi Strap Mount. Dengan penarafan kalis air IPX8, ia boleh digunakan sehingga 10 meter di bawah air, sesuai untuk aktiviti luar dan lasak.

Insta360 GO Ultra 2

Kamera ini mampu merakam sehingga 70 minit secara berterusan dan sehingga 200 minit apabila digabungkan dengan Action Pod. Ia menyokong pengecasan pantas mencapai 80% dalam hanya 12 minit. GO Ultra juga menyokong kad microSD sehingga 2TB untuk membolehkan rakaman berterusan sepanjang hari.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link