Inilah Cara Bonggol Kamera Realme GT 8 Pro Boleh Ditukar Ganti
Amy Maizuraa
Realme menarik perhatian ramai dengan konsep reka bentuk kamera modular yang bakal diperkenalkan pada model mercu terbaharu mereka Realme GT 8 Pro. Persoalan utama yang timbul ialah bagaimana sistem ini berfungsi secara praktikal. Menerusi video promosi rasmi, Realme memperlihatkan mekanisme pertukaran bonggol kamera yang cukup menarik.

Realme GT 8 Pro bakal hadir dalam dua varian, namun kedua-duanya menampilkan ciri utama yang sama iaitu bonggol kamera yang boleh ditukar ganti.
Ciri ini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menyesuaikan reka bentuk kamera mengikut keselesaan masing-masing.
Modul kamera ini direka dengan dua skru jenis Torx di bahagian sisi untuk mengunci kedudukan, manakala sistem magnet membolehkan bonggol kamera dipasang dengan mudah sebelum diketatkan.

Realme turut memperkenalkan beberapa pilihan bonggol kamera seperti bentuk segi empat, bulat, dan robotik lengkap dengan pelbagai kemasan material dan warna.
Menariknya, semua pilihan ini boleh digunakan pada kedua-dua model sama ada versi Pro atau standard yang membolehkan pengguna menukar gaya kamera bila-bila masa.
Contohnya jika bosan dengan reka bentuk bulat mereka boleh beralih kepada bentuk segi empat.

Buat masa ini, masih belum dipastikan sama ada aksesori bonggol kamera ini akan dihasilkan secara eksklusif oleh Realme atau turut dibuka kepada pengeluar pihak ketiga. Pun begitu, pendekatan modular ini berpotensi memudahkan proses penggantian komponen pada masa akan datang.

Selain itu, Realme GT 8 Pro akan menampilkan kemasan belakang baharu yang diperbuat daripada kulit kitar semula bertekstur seperti kertas. Iq sekali gus menambahkan elemen mesra alam pada reka bentuk keseluruhan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






