SHAH ALAM: Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan), Datuk Aiman Athirah Sabu mengumumkan penggal terakhirnya memegang jawatan itu dan bersedia memberi laluan kepada kepemimpinan baharu bagi menerajuinya. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, keputusan itu dibuat atas kesedaran terhadap perjuangan wanita serta tanggungjawab melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis yang berani dan berwibawa. “Ini adalah penggal terakhir saya sebagai Ketua Wanita. Saya tidak sabar mahu memberi…






