Malaysia Oversight

Infinix Note Edge Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 7100

By Amanz in January 19, 2026 – Reading time 1 minute
Infinix Note Edge Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 7100


Infinix Note Edge Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 7100

January 19, 2026
Infinix

Amy Maizuraa

Infinix Note Edge telah dilancarkan di Indonesia sebagai peranti kelas pertengahan baharu. Peranti hadir dengan gabungan rekaan menyerupai peranti terkini bersama Note 50 Pro+ 5G untuk tubuhnya. Selain itu, ia turut ditawarkan dalam beberapa pilihan warna iaitu putih, hitam, hijau dan biru.

Infinix NOTE Edge 03

Infinix Note Edge dilengkapi skrin 6.78-inci LTPS AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 7100, memori 8GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman 256GB UFS2.2. Bateri berkapasiti 6500mAh turut disediakan dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Selain itu, ia hadir dengan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 13MP. Spesifikasi lain termasuk pembesar suara stereo, sokongan NFC, pengimbas cap jari di skrin dan infra merah.

Infinix NOTE Edge 01

Penawarannya di Malaysia masih belum diketahui bila kerana pihak Infinix sendiri masih belum mengumumkan tarikh rasmi untuk pasaran tempatan.



Source link