Malaysia Oversight

Infinix Menawarkan Tablet 12-inci XPAD 20 Pro Pada Harga RM999

By Amanz in September 17, 2025 – Reading time 1 minute
Infinix Menawarkan Tablet 12-inci XPAD 20 Pro Pada Harga RM999


Infinix Menawarkan Tablet 12-inci XPAD 20 Pro Pada Harga RM999

September 16, 2025
Infinix

Aman

Infinix kini membawa masuk satu lagi peranti baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu tablet Infinix XPAD 20 Pro. Tablet ini hadir dengan skrin 12-inci dengan resolusi 2K, dan kadar segar semula 90Hz, sekaligus membolehkan anda menggunakannya dalam lakukan tugasan produktiviti dan juga menikmati kandungan menggunakannya.

Infinix XPAD 20

Menguasakan tablet ini adalah cip MediaTek Helio G100 Ultimate, dikuasakan dengan memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Melengkapkannya adalah bateri 8000mAh dengan sokongan pengecasan 18W. Seperti peranti lain adalah termasuk rangkaian 4G dan juga sokongan WiFi.

Infinix menawarkan tablet ini sebagai tablet mampu milik yang sesuai untuk pelbagai tahap umur dan penggunaan. Infinix turut melengkapkan beberapa ciri AI bersama dengan tablet ini, termasuk untuk melakukan terjemahan, pemindahan imej ke dokumen, dan sokongan penulisan dan penyuntingan gambar.

Di Malaysia, Infinix XPAD 20 Pro ditawarkan pada harga RM999, dan boleh dibeli melalui Lazada, Shopee dan juga TikTok Shop.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link