Malaysia Oversight

Indonesia Pertimbang Undang-Undang Sekat IMEI Untuk Telefon Yang Hilang Atau Dicuri

By Amanz in September 29, 2025 – Reading time 1 minute
Indonesia Pertimbang Undang-Undang Sekat IMEI Untuk Telefon Yang Hilang Atau Dicuri


Indonesia Pertimbang Undang-Undang Sekat IMEI Untuk Telefon Yang Hilang Atau Dicuri

September 29, 2025
Telekomunikasi

Aman

Indonesia melalui Kementerian Komunikasi dan Digital kini sedang mempertimbangkan perundangan baharu, yang akan menyekat IMEI untuk sesuatu telefon yang dilaporkan hilang atau dicuri. Dengan langkah menyekat IMEI, ia sekaligus membuatkan telefon berkenaan tidak boleh digunakan bersama rangkaian telekomunikasi di negara tersebut.

imei

Langkah ini dijangka akan lebih melindungi para pengguna, dan secara tidak langsung membawa kepada penurunan kadar telefon dicuri. Apa pun, Indonesia dijangka melaksanakan perkara ini sebagai pilihan, dimana pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum ciri ini diaktifkan.

Buat masa ini, perkara ini masih pada pertimbangan awal, dan mungkin diimplementasi selepas melakukan pelbagai kajian perlaksanaannya.

Malaysia sebelum ini pernah melakukan perkara sama melalui apa yang dinamakan PCBS. Pengguna boleh menghubungi pengendali rangkaian untuk lapor dan menyekat telefon yang hilang atau dicuri. Namun, ciri ini dilihat kurang dipromosikan kebelakangan ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link