Satu ‘perarakan keadilan’ bagi membantah tindakan pihak berkuasa yang dianggap tidak bertindak dalam mencari anak perempuan Indira Gandhi yang hilang, Prasana Diksa, dijadualkan berlangsung pada 22 November dari kompleks beli-belah Sogo ke ibu pejabat polis Bukit Aman.
Pasukan Tindakan Indira Gandhi (Ingat), dengan kerjasama Agamam Ani Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa perarakan aman itu akan menampilkan Indira menyerahkan kepada polis patung teddy bear milik Prasana,
Selain itu, Indira juga akan menyerahkan dokumen Tindakan Komital (committal proceedings) kepada Ketua Polis Negara (IGP) yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh, berhubung dakwaan kegagalan polis melaksanakan perintah Mahkamah Persekutuan untuk memulangkan Prasana kepada ibunya.
“Indira akan menolak stroller anaknya Prasana, dipenuhi pakaian dan mainan anaknya, sebagai lambang kasih seorang ibu yang tidak pernah luntur walau selepas bertahun-tahun.
“Walaupun telah ada Perintah Mahkamah Persekutuan, janji demi janji daripada pihak berkuasa masih tidak ditepati.
“Hingga kini, Prasana masih gagal dipulangkan kepada ibunya,” kata aktivis sosial Arun Dorasamy dalam satu kenyataan hari ini.
“Perarakan ini adalah simbol kepada kegagalan pelaksanaan undang-undang, kelemahan institusi, serta penderitaan ibu bapa yang dinafikan hak oleh kelewatan dan kelalaian pihak berkuasa,” tambahnya.
[Laporan penuh menyusul]






