
India kini dilihat telah mula memberi penekanan terhadap aplikasi-aplikasi tempatan sebagai alternatif kepada aplikasi barat – sekalgius merancakkan lagi pembangunan ekosistem dan perisian tempatan. Langkah ini juga dilihat diambil lanjutan daripada tarif 50% yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap India.
Dibawah peralihan ini, menteri-menteri di India telah mula mengalakkan penggunaan perisian tempatan. Antara yang dipromosikan adalah termasuk Zoho sebagai alternatif kepada produk Microsoft, dan juga MapMyIndia sebagai alternatif kepada Google Maps. Disamping itu, aplikasi Arattai turut dipromosikan untuk permesejan, sebagai alternatif untuk WhatsApp.
Walaubagaimanapun, firma-firma di India menghadapi cabaran tersendiri, terutamanya dari segi pendanaan dalam terus memperkembangkan produk mereka berbanding dengan produk dan aplikasi barat yang mempunyai pelabur yang menyokongnya.






