Malaysia Oversight

India lulus kemasukan tiga syarikat penerbangan baharu

By TheSun in December 25, 2025 – Reading time 1 minute
India lulus kemasukan tiga syarikat penerbangan baharu


India beri kelulusan awal kepada Shankh Air, Al Hind Air dan FlyExpress untuk masuk pasaran penerbangan tempatan

NEW DELHI: India meluluskan kemasukan tiga syarikat penerbangan baharu dan memberikan kelulusan awal dengan mengeluarkan sijil tiada bantahan (NOC) kepada syarikat terbabit, kata pegawai pada Rabu, lapor Xinhua.

Tiga syarikat baharu itu ialah Shankh Air, Al Hind Air dan FlyExpress.

Menteri Penerbangan Awam Persekutuan India, Rammohan Naidu Kinjarapu, berkata kementerian itu berusaha menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan dalam industri penerbangan India.

Pengumuman itu dibuat beberapa minggu selepas syarikat penerbangan terbesar India, IndiGo, berdepan krisis operasi yang mengakibatkan gangguan besar serta gelombang pembatalan penerbangan.

IndiGo dilaporkan menguasai kira-kira 65 peratus bahagian pasaran, diikuti Kumpulan Air India dengan sekitar 27 peratus, manakala selebihnya lapan peratus dikongsi oleh syarikat penerbangan lain. – BERNAMA-XINHUA



Source link