Malaysia Oversight

India Ingin Pengeluar Peranti Berkongsi Kod Sumber Sistem Operasi Bagi Tujuan Sekuriti

By Amanz in January 12, 2026 – Reading time 1 minute
India Ingin Pengeluar Peranti Berkongsi Kod Sumber Sistem Operasi Bagi Tujuan Sekuriti


India Ingin Pengeluar Peranti Berkongsi Kod Sumber Sistem Operasi Bagi Tujuan Sekuriti

January 12, 2026
Sekuriti

Effi Saharudin

India kini mencadangkan pengeluar peranti berkongsi kod sumber sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan yang ingin diperkenalkan menurut laporan Reuters. Sebanyak 83 piawaian keselamatan baharu yang diperkenalkan kelak juga mempunyai keperluan memaklumkan tentang kemas kini ke atas perisian yang ingin dilakukan.

Piawaian baharu ini diperkenalkan oleh India sebagai usaha meningkatkan keselamatan data pengguna bagi membanteras kegiatan penipuan atas talian serta ketirisan data di India. Tetapi permintaan mengakses kod sumber menimbulkan kegusaran pengeluar kerana ia boleh mendedahkan sistem sekuriti yang digunakan pada peranti.

Apple iPhone India

Antara permintaan lain yang menerima kritikan ialah keperluan menyimpan log digital penggunaan peranti selama 12 bulan. Pemain industri mengatakan sekiranya log perlu disimpan, storan peranti pengguna akan diambil oleh data log yang besar menjadikan keperluan ini tidak praktikal.

Kerajaan juga ingin melihat dan menguji terlebih dahulu setiap tampalan sekuriti yang ingin diberikan pengeluar sebelum ia tiba ke peranti orang ramai. Ia dilihat sebagai tidak membantu dalam situasi tampalan sekuriti penting perlu diberikan secara serta merta.

Ini ialah kali kedua kerajaan India ingin mengeluarkan arahan yang dilihat melanggar privasi pengguna. Tahun lalu Kementerian Komunikasi ingin mewajibkan pemasangan aplikasi Sanchar Saathi (Rakan Komunikasi) sebagai inisiatif membanteras masalah penipuan atas talian, penjualan peranti haram dan mengelakkan peranti dicuri. Ia dibatalkan selepas menerima maklum balas negatif yang melihatnya sebagai aplikasi kerajaan mengintip aktiviti pengguna.



Source link