Impak Maksima Produktiviti Dan Riadah Dikuasakan AI Dengan MSI Crosshair 16HX AI
Nazrin
2025 merupakan tahun dimana komponen-komponen komputer, dari kad grafik ke CPU ke memori dan storan semuanya hadir dengan prestasi yang jauh melangkaui apa yang dijangka.

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba gaming yang mampu menggerakkan permainan-permainan komputer baru dan lama, tetapi tidak terlalu membebankan dompet dan akaun bank anda, MSI Malaysia memperkenalkan salah satu komputer riba gaming terbaru mereka, iaitu MSI Crosshair 16HX AI.

Komputer riba ini hadir dengan gabungan spesifikasi komponen NVIDIA® GeForce RTX™ 5070 dan Intel® Core Ultra™ 200HX yang cukup berkuasa untuk menggerakkan pelbagai permainan komputer hari ini dengan tanpa masalah. Bersama-sama dengan itu, ia juga dimuatkan dengan paparan skrin IPS LCD bersaiz 16 inci dengan resolusi QHD+ (3200×1800) dengan kadar segar semula yang menjanjikan pengalaman riadah seperti gaming ataupun menonton kandungan-kandungan kegemaran anda.

Gabungan cip pemprosesan NVIDIA® dan Intel®, khususnya dengan kad grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 5070 8GB yang hadir pada MSI Crosshair 16HX AI ini tampil dengan teknologi-teknologi terbaru daripada NVIDIA, seperti DLSS 4, teknologi olahan grafik yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menghasilkan bingkai-bingkai grafik yang berkualiti tinggi untuk resolusi yang tinggi juga.

Ini, digabungkan dengan teknologi DLSS Multi-Frame Generation juga memastikan bahawa untuk setiap bingkai yang dicipta menggunakan teknologi rasterization yang tradisional, tiga bingkai tambahan akan dicipta menggunakan AI untuk memastikan bahawa kadar bingkai permainan computer anda bukan sahaja lebih tinggi, tetapi juga adalah lebih stabil, menjanjikan pengalaman gaming yang bukan sahaja lebih mendalam, tetapi juga lebih lancar.
Selain daripada gaming, komputer riba ini juga boleh digunakan sebagai sebuah mesin pembangunan perkhidmatan dan teknologi AI secara kecil-kecilan. Dengan kad grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 5070 yang terbina, anda boleh juga menjadi seorang pembangun teknologi AI menggunakan model bahasaraya kecil (Small Language Model) untuk mempercepatkan proses dalaman syarikat, dengan menggunakan teknologi AI untuk memberi rumusan mesyuarat, menterjemah dan merumuskan dokumen, membantu anda mencipta slaid pembentangan dengan cepat, dan lain-lain.

Jika anda mahu menggunakan komputer riba MSI Crosshair 16HX AI ini sebagai sebuah mesin produktiviti, NVIDIA juga telah memperkenalkan ciri Discrete Graphics Mode atau dinamakan sebagai MUX untuk membolehkan anda menggunakan cip grafik terbina dalam cip Intel, dan bukan kad grafik NVIDIA untuk membolehkan anda mendapatkan jangka hayat bateri yang lebih lama.

Bersama-sama dengan pelancaran kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX 50, NVIDIA® juga telah memperkenalkan aplikasi NVIDIA® App, satu perisian sehenti untuk semua kemaskini perisian pemandu kad grafik. Dengan aplikasi ini, anda juga boleh bertukar perisian diantara perisian pemandu NVIDIA GeForce dan NVIDIA Studio dengan cepat dan mudah, bergantung kepada keperluan dan corak penggunaan anda.

Untuk menyejukkan komponen-komponen berkuasa didalam komputer riba MSI Crosshair 16HX AI ini ialah system penyejukan CoolerBoost 5 yang hadir dengan dua buah kipas penyejuk untuk dan lima paip hab untuk mengalirkan haba daripada komponen CPU dan kad grafik. Kipas pada system penyejukan ini merumahkan 26 peritus jumlah bilah yang lebih tinggi berbanding system sebelum ini, dan ini membolehkannya untuk mengalirkan haba dengan kadar lebih banyak dan pantas.
Bercakap tentang pantas, MSI Crosshair 16HX AI juga dilengkapi dengan sokongan untuk sambungan internet nirwaya WiFi 6E yang cukup pantas untuk tujuan memuat-turun fail-fail besar seperti permainan computer dan juga penstriman kandungan. Dalam pada itu, palam-palam USB Type-C juga disahkan menggunakan teknologi Thunderbolt 4 yang menyokong kadar penghantaran data setinggi 40Gbps dan menyokong pengecasan Power Delivery 3.0 untuk pengecasan bateri pantas.

Sambungan Thunderbolt 4 juga membolehkan anda menyambung komputer riba ini kepada dua paparan skrin dengan resolusi 4K ataupun satu paparan dengan resolusi 8K.
Melengkapkan komputer riba ini ialah sistem pencahayaan RGB 24 zon pada bahagian papan kekunci dengan kekunci WASD yang lutsinar yang boleh diubahsuai melalui fungsi Mystic Light yang terbina didalam perisian MSI Centre.

Untuk menambahkan lagi utiliti MSI Crosshair 16HX AI ini ialah teknologi kecerdasan buatan yang terbina. MSI AI Engine secara ringkasnya ialah sebuah perisian yang memanfaatkan kuasa NPU komputer riba ini untuk meningkatkan kualiti gaming, tugasan produktiviti, telesidang dan media-media lain.

Anda hanya perlu memilih fungsi AI manakah yang lebih diperlukan pada satu-satu masa, dan komputer riba ini akan akan mengoptimasikan semua operasi perisian yang perlu untuknya.Jika anda mahu mendapatkan sebuah komputer riba yang boleh dimanfaatkan untuk kedua-dua tujuan produktiviti dan riadah, MSI Crosshair 16HX AI kini ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga RM8399 dan boleh dibeli di kedai fizikal dan atas talian MSI Malaysia di sekitar Malaysia.

MSI Malaysia juga sedang mengadakan acara jualan hujung tahun bersama-sama kedai-kedai pengedar seperti Harvey Norman, Senheng dan Thunder Match Technology. Butiran lanjut boleh dilihat melalui laman web MSI Future Ready. Present Deals.
Penafian: Ini adalah sebuah advertorial dari MSI Malaysia.






