Malaysia Oversight

Imej Rasmi OnePlus 15 Diperlihatkan Kepada Umum

By Amanz in September 29, 2025 – Reading time 1 minute
Imej Rasmi OnePlus 15 Diperlihatkan Kepada Umum


Imej Rasmi OnePlus 15 Diperlihatkan Kepada Umum

September 29, 2025
OnePlus

Amy Maizuraa

OnePlus telah memperlihatkan peranti mercu terbaharu mereka OnePlus 15 kepada umum menerusi beberapa siaran di Weibo. Rekaannya dilihat berbeza berbanding generasi sebelumnya dengan tubuh sepenuhnya rata dan sisi berkotak yang sedikit melengkung. Ini bermakna peranti ini diyakini mampu memberikan genggaman yang lebih selesa kepada pengguna.

OnePlus 15 4

Bonggol kamera mengalami perubahan ketara di mana tidak lagi berbentuk bulat. Sebaliknya generasi baharu ini berbentuk petak menyerupai sebuah Oppo Reno14. Peranti juga akan diperkenalkan dalam pilihan warna baharu yang dinamakan Sand Dune dan binaannya menggunakan kerangka tengah logam seramik gred aero angkasa.

OnePlus 15 1

OnePlus 15 akan dikuasai oleh Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang merupakan cip terkini daripada Qualcomm. Ia juga hadir dengan skrin berkadar segar semula setinggi 165Hz yang menjanjikan pengalaman paparan lebih lancar.

OnePlus 15 3

Meskipun tarikh pelancaran rasmi masih belum didedahkan, peranti ini dijangka tiba pada 27 Oktober 2025. Pendedahan ini turut mengesahkan imej sebelum ini yang memperlihatkan rekaan yang bakal ditawarkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link