Malaysia Oversight

Idris ganti Razman sebagai pesuruhjaya PAS Perak

By MkiniBM in September 18, 2025 – Reading time 2 minute
Idris ganti Razman sebagai pesuruhjaya PAS Perak


Bekas menteri merangkap Naib Presiden , Idris Ahmad, dilantik sebagai Pesuruhjaya Perak yang baru, menggantikan ketua pembangkang Perak, Razman Zakaria.

Semalam, Razman mengucapkan tahniah kepada penggantinya menerusi hantaran di Facebook, sambil menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan serta pengalaman luas Idris.

“Beliau (Idris) adalah seorang pemimpin berpengalaman luas dalam lapangan politik dan pentadbiran negara, termasuk menjawat jawatan sebagai naib presiden , bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama – Senator) serta pelbagai amanah kepartian.

“Saya meyakini, dengan kepimpinan beliau, PAS Perak akan terus dipandu menuju kejayaan yang lebih besar, memperkukuh saf perjuangan, dan seterusnya mengangkat martabat di negeri ini,” katanya.

3ee67466798f75e29cb8d82423d63b4e

Razman, yang sebelum ini memegang jawatan pesuruhjaya PAS Perak selama 13 tahun, turut mengumumkan dia kini dilantik sebagai ahli jawatankuasa pusat parti. Dia merakamkan penghargaan kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, kerana memberi kepercayaan memikul tanggungjawab itu.

Mengimbau pencapaian parti sepanjang dekad lalu, Razman menyifatkan kepimpinan PAS Perak berjaya mengharungi pelbagai cabaran melalui “empat fasa utama”, yang bermula apabila sebahagian anggota parti meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah pada 2015.

Fasa berikutnya ketika Pilihan Raya Umum 2018, yang digambarkannya sebagai “fasa kedua”, apabila PAS bergerak sendirian tanpa menyertai mana-mana gabungan besar.

Pada 16 September lalu, Razman bersama Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli, antara tokoh PAS yang tewas dalam pemilihan 18 jawatankuasa kepimpinan pusat parti.

a04dea57680716049e86de1faf54dfc1

Bagi penggal 2025-2027, pemilihan kepimpinan tertinggi PAS menyaksikan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendapat undian tertinggi iaitu 1,096 undi daripada keseluruhan 1,220 perwakilan.

Menteri Besar Kedah, Nor menduduki tempat kedua dengan 1,062 undi, diikuti exco Kedah, Haim Hilman Abdullah, yang memperoleh 1,028 undi.

Bekas pemimpin , Shahidan Kassim yang menyertai PAS pada Jun 2023 sebelum dilantik ke jawatankuasa kepimpinan pusat, berada di kedudukan ke-14 selepas meraih 717 undi.

Pemilihan kali ini hanya menyaksikan pertandingan untuk jawatan ahli jawatankuasa manakala lima jawatan tertinggi parti kekal tanpa dicabar.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, serta tiga naib presiden iaitu Idris Ahmad, Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Amar Abdullah mengekalkan jawatan mereka tanpa bertanding.



Source link