Malaysia Oversight

Ibu Zayn Rayyan disabit bersalah abai anak

By MkiniBM in October 31, 2025 – Reading time 1 minute
Ibu Zayn Rayyan disabit bersalah abai anak


Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak.

Hakim Syahliza Warnoh berkata pembelaan wanita berusia 30 tahun itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah mendapati Ismanira telah melakukan pengabaian apabila membiarkan Zayn berjalan di belakangnya tanpa pengawasan, yang akhirnya membawa kepada kehilangannya.

Laungan perlahan “Allahuakbar” kedengaran dari galeri selepas mahkamah menyampaikan keputusan tersebut.

Hakim kemudian meminta prosiding ditangguhkan seketika, sebelum mendengar hujahan daripada timbalan pendakwa raya Raja Zaizul Raja Zaharudin dan peguam Ismanira, Haresh Mahadevan berhubung hukuman.

[Berita lanjut menyusul]



Source link