Malaysia Oversight

Ibu bapa jangan lepas tangan

By MkiniBM in November 3, 2025 – Reading time 3 minute
Ibu bapa jangan lepas tangan


PARLIMEN | Menteri Komunikasi, Fadzil menasihatkan ibu bapa supaya tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada peranti elektronik.

Menurutnya, gajet tidak boleh menggantikan peranan ibu bapa dalam memberi asuhan dan ibu bapa perlu memantau kandungan yang ditonton serta permainan yang dimainkan anak-anak mereka.

boleh mengenakan lesen, boleh mengharamkan (permainan), tapi kita sebagai ibu bapa juga ada peranan. Peranti bukan pengasuh, peranti bukan pengganti ibu bapa.

“Jadi kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang ada anak-anak, luangkan masa, tengok apa yang mereka tengok, main apa yang mereka main,” katanya ketika sesi penggulungan kementeriannya bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

3085228109035808509be1fdf9f2cb0f

berkata dia memberi pandangan sebagai seorang bapa berhubung perdebatan mutakhir mengenai cadangan mengharamkan platform permainan atas talian Roblox, yang popular dalam kalangan kanak-kanak.

“Dia adalah permainan percuma tapi ada beberapa aspek elemen dalam permainan ini yang ramai rasakan berpotensi untuk mendatangkan kemudaratan.

“Jadi memang Roblox sendiri ada temu dengan saya dan timbalan menteri baru-baru ini untuk memberi sedikit penjelasan dan dalam sesi penjelasan itu saya telah menjelaskan kepada pihak Roblox bahawa saya sendiri telah mengharamkan anak saya dari bermain Roblox.

“Bukan sebab apa tapi sebagai seorang bapa saya melihat bila anak saya terlalu ralit… studies dia terkesan.

68f694e4f40a5c86310d860f551fac51

“Bila dipanggil makan kadang-kadang tak datang, dan saya tengok dari segi – dia sebagai seorang anak 12 tahun sewajarnya bermain dengan kawan-kawan di luar,” jelasnya.

Dia berkata demikian sebagai menjawab Syahredzan Johan (PH–Bangi), yang sebelum itu menasihatkan supaya tidak bertindak melulu dengan mengharamkan Roblox.

“Saya cuma nak ingatkan kita semua supaya jangan mengambil tindakan yang begitu drastik, sebab saya ada dengar ada yang kata nak haramkan terus Roblox dan sebagainya kerana saya fikir bahawa itu adalah satu tindakan yang disproportionate (berlebihan).

“Saya fikir ada cara untuk kita melihat bagaimana kita nak pastikan bahawa permainan video seperti Roblox ini yang mana secara natijahnya adalah selamat. It is safe for kids, cuma mungkin elemen atas talian itu yang perlu kita lihat.

de88499693accf02a86efac1d503757c

“Jadi kita wajib melihat macam mana kita nak perketatkan penggunaan online game ini supaya pastikan bahawa kanak-kanak bawah umur 16 tahun tak gunakan akaun ibu bapa mereka untuk pergi online, tapi janganlah sampai kita nak bercakap tentang mengharamkan game dan sebagainya.

“Sebab saya terus terang, saya daripada kecil dulu sampai sekarang saya masih gamer, tapi saya jadi orang juga,” katanya.

Roblox, yang dilancarkan pada 2006, ialah platform permainan atas talian percuma yang membolehkan pengguna mencipta, berkongsi dan bermain permainan yang dibangunkan oleh pemain lain. Ia kini antara hab permainan paling popular di dunia dengan lebih 70 juta pengguna aktif harian, kebanyakannya kanak-kanak.

Tragedi abang kelar adik

Berbeza dengan permainan video tradisional, Roblox berfungsi seperti “kotak pasir digital” (digital sandbox), di mana pemain boleh membina dunia maya, membentuk permainan sendiri dan berinteraksi secara langsung dengan pemain lain melalui fungsi sembang.

Perdebatan mengenai larangan Roblox timbul selepas satu insiden di Batu Pahat, Johor, apabila seorang budak lelaki berusia sembilan tahun didakwa mengelar leher adik lelakinya yang berumur enam tahun selepas hilang kawalan akibat kehilangan markah dalam permainan tersebut.

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad pada 29 Oktober lalu berkata polis sedang menyiasat insiden itu yang dipercayai berpunca daripada halusinasi berkaitan Roblox.

Sehari kemudian, memaklumkan kementeriannya sedang menilai keperluan mewajibkan lesen bagi sekurang-kurangnya 10 jenis permainan dalam talian, termasuk Roblox, yang dianggap tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 16 tahun.

Selain itu, dia berkata 10 instrumen subsidiari akan diperkenalkan bagi memperkukuh pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian (OSA) 2024.

Fahmi tidak memperincikan lanjut namun laporan Bernama pada Jun lalu menyebut OSA akan dikuatkuasakan sebaik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memuktamadkan 10 garis panduan peraturan berkaitan.


Laporan oleh Zarrah Morden, Alyaa Alhadjri, dan Nantha B Kumar



Source link