Malaysia Oversight

Hukuman mati Datchinamurthy dihenti, sebab tak diketahui

By MkiniBM in September 25, 2025 – Reading time 2 minute
Hukuman mati Datchinamurthy dihenti, sebab tak diketahui


Pihak berkuasa penjara Singapura telah menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap seorang warganegara Malaysia, K Datchinamurthy, yang dijadualkan berlangsung pagi ini, menurut peguam dan aktivis N Surendran.

Pihak berkuasa penjara Singapura telah menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap seorang warganegara Malaysia, K Datchinamurthy, yang dijadualkan berlangsung pagi ini, menurut peguam dan aktivis, N Surendran.

Dia berkata keluarga Datchinamurthy dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Perkhidmatan Penjara Singapura melalui panggilan telefon selepas tengah malam tadi.

Namun, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai sebab keputusan tersebut dibuat.

8eb08def17f355d264d9e22165ad0dd4

“Pelaksanaan hukuman mati terhadap warganegara Malaysia, Datchinamurthy Kataiah, di Penjara Changi yang dijadualkan pagi ini, tidak dilaksanakan.

“Keluarganya menerima panggilan telefon daripada pihak penjara selepas tengah malam memaklumkan perkara ini.

“Kami tidak mempunyai maklumat lanjut pada ketika ini. Kami berdoa agar hasilnya yang terbaik,” kata Surendran, yang juga penasihat kepada Lawyers for Liberty pada satu kenyataan ringkas.

Datchinamurthy, 39 tahun, dijadualkan dihukum mati hari ini kerana menyeludup 44.96 gram diamorfin ke republik itu.

abec9410129e4bd53b356e31bf20d6e1

Dia pertama kali dijatuhi hukuman mati pada 2015 selepas ditangkap pada 2011 dan pada mulanya dijadualkan ke tali gantung pada 2022.

Namun, dia berjaya mendapatkan penangguhan hukuman mati daripada Mahkamah Tinggi Singapura sementara menunggu saman undang-undangnya terhadap Singapura berhubung hukuman tersebut.

Dia juga merupakan salah seorang daripada empat rakyat Malaysia yang sedang menunggu hukuman mati di Singapura, yang telah diketengahkan oleh Suhakam awal bulan ini sebagai sebahagian daripada rayuan supaya campur tangan dalam pelaksanaan hukuman mereka.

Tiga lagi individu tersebut ialah P Pannir Selvam, S Saminathan, dan R Lingkesvaran.



Source link