Malaysia Oversight

Hubungan Umno dan MCA baik, perlu sesuaikan diri

By MkiniBM in December 8, 2025 – Reading time 1 minute
Hubungan Umno dan MCA baik, perlu sesuaikan diri


Naib Presiden Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata MCA masih kekal bersama Barisan Nasional () dan menegaskan hubungan kedua-dua parti berada dalam keadaan baik.

Johari, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, menjelaskan setiap parti mempunyai agenda tersendiri dan sebarang keputusan bergantung kepada pertimbangan dalaman masing-masing.

“Setakat hari ini, saya nampak MCA masih kekal bersama . Kita perlu menerima hakikat bahawa sukar bagi mana-mana negara memiliki parti politik yang berkuasa penuh. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah menyesuaikan diri.

“Namun, hubungan dan MCA sangat rapat, lebih daripada 50 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah.

Sebelum ini, MCA menegaskan kesediaannya menilai semula kedudukan strategik dalam BN sekiranya bekerjasama secara khusus dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Bernama



Source link