Malaysia Oversight

Hubungan toksik itu hal baru, saya tidak kaitkan orang lain – Abby Abadi

By Utusan in August 27, 2025 – Reading time 2 minute
Hubungan toksik itu hal baru, saya tidak kaitkan orang lain - Abby Abadi


PETALING JAYA: Sejak kebelakangan ini, perkongsian pelakon, Abby Abadi yang lantang mempertahankan nasib anak perempuannya, Marissa Dania terus menuai perhatian ramai di media sosial.

Selain enggan anaknya berada dalam hubungan toksik, Abby kini nekad untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu dan mempertahankan Marissa yang didakwa banyak makan hati dengan suaminya, Ahmad Aslam.

“Sudah dua tahun saya biarkan cerita ini berlalu.
Saya biarkan anak saya merasa sendiri pahit dan manis jalan yang dia pilih. Saya biarkan pihak lelaki buat apa saja sebab kata dia ada hak sebagai suami.

“Tidak mengapalah hilang hak pun sebabai ibu sebab ikutkan kehendak anak. Tapi yang saya kongsikan mahu selamatkan anak saya dari hubungan toksik (antara dia dgn pihak lelaki) itu hal baru.

“Dua tahun berlalu, pada saya cukup lama untuk membiarkan anak saya terus berada dalam hubungan yang menyusahkan diri dia dan membuatkan dia memendam rasa,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Pun begitu, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu menegaskan bahawa isu yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak lain yang tidak berkenaan dalam konflik yang terjadi.

“Saya tidak kaitkan orang lain, jadi tak perlulah sebut-sebut orang itu orang ini. Untuk situasi ini, Marissa Dania cuma ada Mamanya sahaja. Kena tahu itu. Dia pun taktahu.

“Apapun terima kasih semua yan bersama saya. Yang memahami kenapa tindakan saya sebagai seorang Mama begini. Semoga Allah izinkan segalanya difahami suatu hari nanti.

“Berkongsi bukan untuk dikeji. Untuk minta doa. Doakan supaya keadaan ini terlerai. Semoga dapat dihentikan segala caci maki dari mereka yang merasa sempurna,” tulisnya.

Isnin lalu, Abby memberi bayangan bahawa dirinya bersetuju dengan pendapat netizen yang meminta Marissa untuk mencari kebahagiaannya sendiri tanpa mengharap kasih sayang seorang lelaki yang sudah berkeluarga.

Situasi tersebut secara tidak langsung mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet selain mempersoalkan status rumah tangga Aslam dan Marissa.

Untuk info, Marissa selamat bergelar isteri kedua kepada Aslam selepas berkahwin di Songkla, Thailand pada Disember 2023.

Bagaimanapun, kontroversi melibatkan perkahwinan pasangan itu terlerai apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan pernikahan mereka adalah sah mengikut hukum syarak, pada 27 Mei lalu.





Source link