Malaysia Oversight

Hubungan GRS, PH dan BN makin tegang akibat pertindihan kerusi

By MkiniBM in October 29, 2025 – Reading time 4 minute
Hubungan GRS, PH dan BN makin tegang akibat pertindihan kerusi


Rundingan pembahagian kerusi antara GRS, PH dan kini tegang selepas ada pihak mengumumkan calon terlalu awal sebelum rundingan selesai.

Sumber terdekat memaklumkan GRS sudah menetapkan untuk bertanding di 52 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, manakala 20 kerusi lagi diperuntukkan kepada PH.

Namun, senarai akhir itu masih belum diserahkan secara rasmi kepada Pengerusi PH, Ibrahim.

“Jumlah itu sudah dipersetujui, tetapi apabila rakan gabungan menamakan calon sebelum rundingan selesai, ia menimbulkan tekanan dan kekeliruan yang tidak perlu,” kata sumber GRS yang enggan dikenali.

Kerjasama antara PH dan juga berdepan masalah. Walaupun sebelum ini menyatakan rundingan dengan PH hampir selesai, beberapa kawasan menunjukkan tanda-tanda pertindihan.

PH pula mengekalkan rundingan berasingan dengan GRS dan BN – keadaan yang digambarkan media sebagai “cinta tigasegi”

Hari pengundian ditetapkan pada 29 November dan hari penamaan calon pada 15 November, namun kempen tidak rasmi sudah pun bermula sejak pembubaran DUN pada 6 Oktober, dengan pengumuman awal daripada para pemimpin politik semakin merumitkan keadaan.

de378fd4fc43c26f0df2809a925f5d8b

Keadaan menjadi semakin rumit apabila parti-parti komponen PH — seperti PKR, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Amanah dan DAP — turut berebut beberapa kerusi sesama sendiri.

Pengumuman Upko bahawa parti itu akan bertanding menggunakan logo sendiri dan bukan logo PH turut menambah kekusutan.

Sebagai contoh, di Tanjung Aru, bendahari agung Upko, Dennison R Indang, muncul sebagai calon berpotensi mewakili PH.

Namun, DAP melalui Phoong Jin Zhe dan BN melalui Reduan Aklee juga dikaitkan dengan kerusi tersebut — menjadikan ia bakal menyaksikan pertembungan menentang penyandang dari Warisan, Junz Wong.

Phoong, yang kini merupakan Luyang, dan Reduan, calon pada PRN 2020, dijangka sama-sama bertanding di Tanjung Aru — sekali gus membuka ruang kepada pertembungan tiga penjuru antara DAP, Upko dan .

Seorang sumber dalaman Upko berkata, rasa tidak puas hati semakin meningkat apabila parti-parti komponen PH lain mula menuntut kerusi sebelum rundingan dimuktamadkan.

“Sesetengah pihak sudah mula turun padang dan bertindak seolah-olah perjanjian sudah selesai, sedangkan belum,” kata sumber itu.

bc623e8bf4d44cc0bda84e28e9a218b2

Situasi sama juga dijangka berlaku di Darau – kawasan pilihan raya yang diwujudkan pada 2020.

Kerusi yang dimenangi tipis oleh calon Warisan, Azhar Matussin, kini turut menjadi rebutan antara Upko, PKR dan GRS.

Upko dijangka menurunkan Fardy Bungga, seorang wartawan dan pemimpin muda, manakala sumber GRS memaklumkan setiausaha agung mereka, Razali Razi, sudah lama bersedia untuk bertanding di situ.

Beberapa pemimpin cabang PKR di Sepanggar juga telah mula bergerak di kawasan itu, mencetuskan apa yang digambarkan pemerhati sebagai “pertarungan mesra tetapi mengelirukan antara sekutu.”

Tergesa-gesa umum calon

Di Inanam, di mana pertembungan sepuluh penjuru dijangka berlaku, penyandang Peto Galim akan mempertahankan kerusi atas tiket PH, namun GRS juga dikhabarkan akan menurunkan calon mereka sendiri.

Setiausaha agung Upko, Nelson Angang, baru-baru ini berkata partinya berhasrat untuk bertanding di lapan kerusi, walaupun mereka hanya ditawarkan dua kerusi di bawah kuota PH — Kadamaian dan Moyog.

9d3b193aa6f6f5c4d405df7a8946db80

Pada Isnin lalu, Amanah menjadi parti komponen PH pertama yang secara rasmi menamakan calon, Julpikar Ab Mijan, untuk kerusi Sulabayan — kubu kuat tradisi — sekali gus membuka potensi pertembungan dengan parti nasionalis itu.

Penyandangnya, Jaujan Sambakong dari Warisan, sebelum ini memegang kerusi tersebut atas tiket Umno.

DAP Sabah juga sedang mempertimbangkan untuk bertanding menggunakan logo sendiri, dengan pengerusinya, Phoong, dilaporkan menimbangkan untuk berpindah dari Luyang ke Tanjung Aru seperti disebut sebelum ini.

“Masalahnya bukan sekadar jumlah kerusi. Ia berlaku kerana terlalu ramai bertindak seolah-olah rundingan sudah selesai, sedangkan belum,” kata sumber DAP yang mengetahui perbincangan berkenaan.

Pertindihan lain yang turut dilaporkan termasuk di Bandau (antara Zaidi Jaitil dari PKR dan Redonah Bahanda dari GRS), serta beberapa kerusi yang masih belum dimuktamadkan seperti Sindumin, Merotai, Kadamaian, Limbahau dan Moyog.

Jika Redonah digugurkan, dilaporkan kumpulan calon bebas yang diketuai Ahli Parlimen Kudat, Verdon Bahanda — akan menawarkan peluang kepadanya untuk menentang PKR di Bandau.

Pertembungan tidak dapat dielak?

Di Sindumin, bekas Ahli Parlimen Sipitang, Hafez Yamani Musa yang juga anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman disebut-sebut sebagai calon PKR, manakala penyandang GRS, Yusof Yacob, juga mahu mempertahankan kerusi tersebut.

Hafez dikatakan termasuk dalam senarai “calon profesional payung terjun” PKR yang dikenal pasti oleh Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud, manakala Yusof, bekas Warisan, kini mewakili GRS.

e2359f621386b02933711f0ad2286ca5

Selain Sindumin, kerusi Sungai Sibuga, Sungai Manila dan Gum-Gum turut menjadi rebutan antara GRS, PH dan BN — yang secara kolektif digelar sebagai “empat kerusi sensitif” — di mana PKR dijangka menurunkan calon.

Situasi hampir sama berlaku di Merotai, di mana pemimpin GRS, Liew Yun Fah, turut berminat bertanding walaupun kerusi itu dilaporkan diperuntukkan kepada PKR.

PKR merancang untuk meletakkan bekas pegawai kanan , Ruji Ubi, di situ, namun ramai berpendapat dia tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

“Kalau sekutu PH terus umum calon sebelum perjanjian dimuktamadkan, mereka akan berdepan pertembungan dengan GRS — termasuk di kerusi yang sepatutnya dikongsi,” kata sumber GRS itu.



Source link