Huawei Watch Ultimate 2 Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499
Amy Maizuraa
Huawei Watch Ultimate 2 dilancarkan di Malaysia sebagai kemas kini kepada siri Ultimate. Ia direka khas untuk penyelam dengan sokongan sonar bawah air dan dilengkapi ciri kecergasan serta kesihatan sebaiknya.

Huawei Watch Ultimate 2 hadir dengan skrin LTPO 2.0 AMOLED bersaiz 1.5-inci beresolusi 466 x 466 piksel dan kecerahan 3500 nits. Kerangkanya diperbuat daripada logam cecair zirkonium bersama plat belakang daripada keluli zirkonium dan seramik nanokristal. Ia turut disertakan dengan pilihan tali fluoroelastomer hitam dan biru putih, bersama tali titanium tambahan dalam kotak.



Menariknya, jam tangan ini merupakan yang pertama menyokong komunikasi sonar bawah air sehingga 60 meter untuk mesej pratetapan dan makluman SOS, serta membolehkan komunikasi antara jam dalam jarak 30 meter. Ia juga kalis air sehingga 150 meter di mana sesuai untuk aktiviti laut dalam.


Selain itu, ia dilengkapi dengan sistem antena dipertingkatkan, peta padang golf HD dan navigasi luar menggunakan teknologi Sunflower Positioning System. Jam ini menyokong panggilan eSIM, pengesanan jatuh, SOS kecemasan dan pemantauan altitud tinggi.


Untuk kesihatan, teknologi TruSense dengan sokongan X-TAP membolehkan penjejakan lebih tepat merangkumi 11 metrik seperti Health Glance, SpO2 hujung jari, kadar denyutan jantung dan penjejakan tidur. Bateri disediakan boleh bertahan 11 hari dalam mod penjimatan dan 4.5 hari untuk penggunaan biasa.

Huawei Watch Ultimate 2 dijual pada harga bermula RM3,499 (hitam) dan RM3999 (biru) dan kini tersedia untuk pratempahan di Malaysia. Setiap pembelian disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,305 termasuk HUAWEI FreeClip, langganan HUAWEI Health+ selama tiga bulan dan perlindungan HUAWEI Care+ selama dua tahun.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






